Friday, February 6, 2009

Hoi GAMIS, BERSATU, SMM, dan Pro M ape yang korang buat nih…

Saya ingin memberi respon kepada Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, Perak yang diketuai oleh GAMIS, BERSATU, SMM, dan Pro M seperti yang terdapat dalam laporan Mahasiswakini.




Saya mengangap himpunan tersebut sesuatu yang membuang masa dan tidak bijak. Alasan concern dengan perkembangan politik semasa sama sekali adalah karut. Bagi saya ianya hanyalah tindakan untuk kepentingan pihak tertentu dan mahasiswa diperkudakan.
Saya tidak menafikan mahasiswa perlu peka dengan perkembangan politik semasa untuk kesinambungan masa depan politik Negara. Tapi bukan ini caranya. Apa guna kita disemai dengan budaya keintelektualan di Universiti tapi menjadi jumud dan taksub dalam kehidupan seharian.

Dengan daya intelektual yang ada pada kita apalah salahnya kita menganalisis apa yang sebenarnya berlaku. Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan melompat parti sebagai kaedah pertukaran kerajaan kerana mengkhianati kepercayaan rakyat, tak kiralah sama ada BN atau PR yang buat.



Cuba kita kaji dan ramalkan sebab dan akibat apa yang sedang berlaku kini. Mungkin juga kita boleh ramalkan apa yang akan terjadi pada Malaysia sekiranya kerajaan bertukar secara lompat parti. Sedangkan kerajaan negeri pun jadi hura hara ini pula kerajaan persekutuan.

Ingat kita adalah pemimpin masa depan. Keterlibatan kita dalam politik biarlah dalam aspek future base dan tidak contemporary base atau terikut – ikut sangat permainan orang politik sekarang. Banyak isu generasi masa hadapan yang tak selesai. Mampukah generasi muda kini telah dipersiapkan dengan sebelum melangkah ke masa hadapan yang menjanjikan cabaran sosial, ekonomi dan politik yang berbeza.

Nilailah apa yang berlaku kini dan ambillah pengajaran supaya apabila kita semua menjadi pemimpin kelak kepimpinan kita tidak dipertikaikan dan lebih penting menjalankan tugas sebagai khalifah dengan sebaik mungkin agar kita kitak menyesal diakhirat kelak..
Bersatu Melayu Membela Islam..

PAS jugak yang kena tanggung…



1. Jika dianalisis krisis yang berlaku di Perak, siapa yang jadi Punca sebenarnya? Bukankah DAP dan PKR. YB dari PKR dan DAP lah yang main lompat – lompat sebab PKR dan DAP tak tau nak jaga.

2. Tapi bila krisis terjadi nape puak – puak PAS yang beria – ia demo. Demo bukan sebarang demo. Demo protes kat Sultan Perak. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang berkenan mengangkat YB Nizar jadi Menteri Besar wakil dari PAS dan bukan dari PKR dan DAP yang mempunyai kerusi lebih banyak dalam DUN Perak.

3. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang concern dengan kedudukan Islam di Malaysia dek penangan puak – puak IFC dan murtad.

4. Mana pergi pimpinan dan penyokong DAP. Bukankah mereka yang jadi punca. Layanan istimewa kepada penyokong DAP lah yang menyebabkan Menteri Besar dikiritik hebat oleh orang melayu. Kenapa bukan mereka yang mempertahankan YB Nizar.

5. PAS perlu kaji hubungan mereka dengan DAP dan PKR. PAS seolah – olah hanya meraih kerugian daripada hubungan yang dijalin dengan DAP dan PKR.Kerana PKR terbentuk puak Erdogan dalam PAS. Kerana DAP, PAS didakwa bela babi dan sembunyikan hudud.

6. PAS perlu mainkan peranan sebagai check & balance kepada UMNO. UMNO perlukan suara pengkritik dan bukan pengampu jika mereka mahu membela melayu. Dan disini PAS lah yang selayaknya. Demi kepentingan Islam dan Melayu.

Bersatu Melayu Membela Islam..

Sunday, February 1, 2009

Tahniah dan Selamat Berkhidmat..

Belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru dipilih.. Sesungguhnya peluang yang diberi ini ini wajar dimanfaatkan untuk kalian semua belajar sebelum menerima tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang akan datang..

Selamat berkhidmat..