Friday, February 6, 2009

PAS jugak yang kena tanggung…



1. Jika dianalisis krisis yang berlaku di Perak, siapa yang jadi Punca sebenarnya? Bukankah DAP dan PKR. YB dari PKR dan DAP lah yang main lompat – lompat sebab PKR dan DAP tak tau nak jaga.

2. Tapi bila krisis terjadi nape puak – puak PAS yang beria – ia demo. Demo bukan sebarang demo. Demo protes kat Sultan Perak. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang berkenan mengangkat YB Nizar jadi Menteri Besar wakil dari PAS dan bukan dari PKR dan DAP yang mempunyai kerusi lebih banyak dalam DUN Perak.

3. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang concern dengan kedudukan Islam di Malaysia dek penangan puak – puak IFC dan murtad.

4. Mana pergi pimpinan dan penyokong DAP. Bukankah mereka yang jadi punca. Layanan istimewa kepada penyokong DAP lah yang menyebabkan Menteri Besar dikiritik hebat oleh orang melayu. Kenapa bukan mereka yang mempertahankan YB Nizar.

5. PAS perlu kaji hubungan mereka dengan DAP dan PKR. PAS seolah – olah hanya meraih kerugian daripada hubungan yang dijalin dengan DAP dan PKR.Kerana PKR terbentuk puak Erdogan dalam PAS. Kerana DAP, PAS didakwa bela babi dan sembunyikan hudud.

6. PAS perlu mainkan peranan sebagai check & balance kepada UMNO. UMNO perlukan suara pengkritik dan bukan pengampu jika mereka mahu membela melayu. Dan disini PAS lah yang selayaknya. Demi kepentingan Islam dan Melayu.

Bersatu Melayu Membela Islam..

No comments:

Post a Comment