Saya ingin memberi respon kepada Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, Perak yang diketuai oleh GAMIS, BERSATU, SMM, dan Pro M seperti yang terdapat dalam laporan Mahasiswakini.
Saya mengangap himpunan tersebut sesuatu yang membuang masa dan tidak bijak. Alasan concern dengan perkembangan politik semasa sama sekali adalah karut. Bagi saya ianya hanyalah tindakan untuk kepentingan pihak tertentu dan mahasiswa diperkudakan.
Saya tidak menafikan mahasiswa perlu peka dengan perkembangan politik semasa untuk kesinambungan masa depan politik Negara. Tapi bukan ini caranya. Apa guna kita disemai dengan budaya keintelektualan di Universiti tapi menjadi jumud dan taksub dalam kehidupan seharian.
Dengan daya intelektual yang ada pada kita apalah salahnya kita menganalisis apa yang sebenarnya berlaku. Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan melompat parti sebagai kaedah pertukaran kerajaan kerana mengkhianati kepercayaan rakyat, tak kiralah sama ada BN atau PR yang buat.
Cuba kita kaji dan ramalkan sebab dan akibat apa yang sedang berlaku kini. Mungkin juga kita boleh ramalkan apa yang akan terjadi pada Malaysia sekiranya kerajaan bertukar secara lompat parti. Sedangkan kerajaan negeri pun jadi hura hara ini pula kerajaan persekutuan.
Ingat kita adalah pemimpin masa depan. Keterlibatan kita dalam politik biarlah dalam aspek future base dan tidak contemporary base atau terikut – ikut sangat permainan orang politik sekarang. Banyak isu generasi masa hadapan yang tak selesai. Mampukah generasi muda kini telah dipersiapkan dengan sebelum melangkah ke masa hadapan yang menjanjikan cabaran sosial, ekonomi dan politik yang berbeza.
Nilailah apa yang berlaku kini dan ambillah pengajaran supaya apabila kita semua menjadi pemimpin kelak kepimpinan kita tidak dipertikaikan dan lebih penting menjalankan tugas sebagai khalifah dengan sebaik mungkin agar kita kitak menyesal diakhirat kelak..
Bersatu Melayu Membela Islam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment