Tuesday, December 30, 2008

Siapa pakai bahasa melayu..

Berikut adalah pandangan Naib Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng pada 25 Disember lalu yang meminta kerajaan menarik balik larangan pengedaran kitab Injil dalam bahasa Melayu di negara ini(sumber utusan malaysia : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm).

Menurut beliau, pihaknya hairan kenapa sehingga kini, kitab berkenaan masih dianggap sebagai dokumen yang memudaratkan keselamatan negara di bawah Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri.

''Pengedaran Injil dalam bahasa Melayu perlu dibenarkan sejajar dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

''Kita berpendapat larangan ini tidak lagi praktikal kerana kitab Injil dalam bahasa Melayu dan Indonesia boleh didapati dengan senang melalui Internet," kata pemimpin agama itu.

0619 menulis:

Untuk siapa injil dalam bahasa melayu tu. Kalau penganut kristian bukan berbangsa melayu kenapa nak injil dalam bahasa melayu(yang murtad tu dah tak dikira melayu). Bangsa lain nak pulak baca injil dalam bahasa melayu. Baca papan tanda pun tak paham ni pulak nakbaca kitab.

Tindakan kerajaan memang wajar. Bukan kita tak tau yang injil bahasa melayu ni dah bertaburan kat malaysia ni.Die sendiri cakap dalam internet ade. Tindakan meluluskan penggunaan injil dalam bahasa melayu seolah - olah membenarkan penyebaran agama kristian kepada orang melayu...

Perkara 3 (1) Perlembagaan menyatakan:

Agama islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - mana bahagian persekuatuan..

Perkataan aman dan damai tu penting. Nak amal boleh tapi jangan kacau orang lain.Tak payahlah nak mintak yang bukan - bukan.(Ingatan jugak utk hindu, jangan buat kuil suka - suka hati).

Monday, December 29, 2008

Sampai bila Palestin nak menangis..

Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian.. Berita terkini angka kematian akibat serangan udara tentera Israel di Gaza meningkat kepada 345 orang manakala lebih 1,000 lagi cedera. Ingat mereka seagama dengan kita. Mereka adalah saudara kita. Tidak sempurna iman tatkala kita bersenang saudara kita berada dalam kesusahan...


Apalah dosa anak kecil ini. Bagaimana dengan masa depanya..



Mangsa kekejaman yahudi laknatullah..



Tunjuk perasaan??? Ingat yahudi celake tu boleh berhenti ke?



Ingat kereta kebal yahudi ni boleh musnah tibe2 ke. Sori kawan. Kenala ade usaha. Rom & Parsi dulupun kita boleh jatuhkan dengan usaha dan tawakal. Jihad.. Sekarang ni apa usaha kita...


Ingat.. Tanggungjawab pertahankan palestin bukan jatuh pada orang palestin aje.Pada kita sebagai saudara seagama.. Ape kita nak jawab kalau kat mahsyar karang orang palestin tanye kita kenapa tak tolong mereka.. Percuma masuk neraka sebab tak tunaikan hak saudara kita..

Umat islam kena kuat. Kita kena bersatu. Lupakan fahaman politik... Bersatu memajukan bangsa. Bersatu menguatkan bangsa. Kalau kita kuat barulah kita dihormati.Kalau kita bersuara barulah ade orang nak dengar..

Kalau anda nak biarkan palestin terus menangis maka berpecahlah.. Jatuhkanlah sesama sendiri.. Karang kat akhirat jawab sendiri..

Tuesday, December 23, 2008

GPMS Agen Penyatuan Melayu di Kampus

1.Kewujudan cawangan khas GPMS semakin diiktiraf.Buktinya hampir semua pembahas yang mewakili perwakilan negeri pada Persidangan Agung Tahunan (PAT)GPMS ke 54 yang lalu menyentuh berkenaan dengan cawangan khas.

2.Antara yang disentuh termasuklah fungsi dan peranan cawangan khas GPMS, ahli GPMS sebagai role model di kampus, pewaris kepimpinan GPMS pada masa akan datang dan lain - lain lagi yang nyata menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkasa cawangan khas GPMS.

3.Janganlah kiranya kepercayaan dan sokongan yang diberi itu membuatkan kita berasa bangga dan lupa.

4.Cawangan khas GPMS seharusnya menjadi medium penyatuan umat melayu yang beragama islam di kampus.

5.Janganlah hendaknya GPMS ini menjadi entiti politik yang ternyata memecahbelah umat melayu di dalam dan luar kampus. Sememangnya GPMS menyokong kerajaan selagi kerajaan menjaga kepentingan orang melayu.Mungkin di satu masa ada parti lain selain BN yang membentuk kerajaan, sokongan terhadap kerajaan akan diteruskan selagi mana ia menjaga kepentingan melayu.

6.Hanya dengan bersatu kita akan kuat. Bila kita kuat kita akan dihormati (tak perlu ditakuti).

7. Sedarlah orang melayu masih ketinggalan dalam pendidikan. Pada zahirnya orang melayu sudah merdeka. Hakikatnya minda orang melayu masih terjajah hinggakan begitu taksub dan percaya dengan karut marut melayu mewarisi sifat lemah dan bodoh.

8. Hanya dengan pendidikan dapat memerdeka minda melayu. Minda melayu yang merdeka sentiasa berfikir setiap manusia diberi peluang oleh allah untuk berjaya hingga infiniti dan tiada limit.Bykan hanya bangsa tertentu sahaja boleh berjaya.

9.Peranan memerdeka minda melayu itu jatuh hukum wajib atas kita. Jika kita tak buat berdosa kerana biar umat melayu terjajah mindanya dan jahil.

10.Sebab itu kita kena sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa melayu itu terletak di tangan kita sendiri sebagai orang melayu.

Wednesday, December 17, 2008

Lampu hijau kepada pembangkang jumpa mahasiswa

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 11 Disember telah membentangkan cadangan pindaan AUKU di parlimen dan telah dibahaskan oleh para ahli yang berhormat. Perkara yang betul - betul menarik perhatian saya adalah ahli politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang dibenarkan masuk ke kampus untuk menyertai perbincangan akademik.

Pemimpin pembangkang bukanlah hanya dari kalangan ustaz - ustaz sahaja. Mereka ni datang dari pelbagai latar belakang profesion termasuk jurutera, doktor, peguam, dan pelbagai lagi bidang profesional.Ilmu dan pengalaman yang mereka ada sudah barang tentu berbeza dengan orang lain dan mungkin tak mampu diberi oleh pensyarah. Amatlah elok kalau mereka ni berkongsi ilmu yang mereka ada kepada mahasiswa. Lagipun mereka dulupun belajar guna duit rakyat jugak sama ade belajar kat dalam atau kat luar negara.

Cuma saya pohon kepada pentadbiran universiti lebih terbuka. Janganlah pandang latar belakang politik sahaja.Utamakan kepakaran yang mereka ada untuk dikongsi kerana ilmu tu kan lagi bagus disebar - sebarkan. Barulah ilmu yang mahasiswa time kat universiti dapat bertambah nilai dan kualitinya.

Pemimpin parti pembangkang pulak peluang yang ada gunalah untuk samapaikan ilmu yang anda ada. Jangan nak sembang politik je. Jangan guna peluang yang ada untuk tarik undi pulak. Jangan pulak dikemudian hari ade pulak laporan pemimpin pembangkang buat kempen pilihanyraya.Takmau la macam tu kan.

Thursday, December 4, 2008

Menyalah Fahami Hak..

Ramai orang melayu mempunyai tangapan salah terhadap Hak Istimewa orang Melayu. Ada yang mengatakan bahawa hak istimewa inilah yang akan melindungi dan menyebabkan orang melayu ini berjaya. Tanpa hak istimewa ini, orang melayu takkan kemana. Hanya duduk di kampung - kampung menoreh getah dan menangkap ikan di laut..

Ada satu golongan lagi begitu sombong. Mereka berangapan bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada hak istimewa orang melayu. Mereka percaya bahawa mereka sudah cukup kuat untuk bersaing secara terbuka. Mereka inilah yang bersekongkol dengan bangsa lain melenyapkan hak istimewa orang melayu.

Sebenarnya hak hanyalah sekadar peluang. ia bukanlah tempat bergantung sepenuhnya. Orang melayu boleh berjaya dengan hak istimewa ini ataupun tanpanya.Sebagai contoh dalam perniagaan orang melayu diberi beberapa skim bantuan yang khusus untuk mereka. Peluang diberi kerana sememangnya orang melayu baru sahaja memulakan perniagaan dan membuka ruang kepada mereka bersaing dengan bangsa yang sememangnya sudah mewarisi empayar perniagaan yang sarat dengan modal dan pengalaman. Namun begitu kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada usaha dan kecekalan usahawan tersebut dan bukan sepenuhnya pada hak..

Bagi orang melayu yang tak memerlukan hak istimewa ini janganlah bakar jambatan yang orang lain nak pakai.. Ingat bukan semua orang mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang sama. Ramai orang melayu yang masih memerlukan peluang..

Orang Melayu Takkan Berjaya Menjadi Global Player jika Hanya bergantung pada Hak Istimewa..

Ungkapan ini ada benarnya. Hak istimewa hanyalah peluang kepada orang melayu untuk membina asas. Untuk menjadi global player memang tiada hak istimewa. Orang melayu jangan hanya menjadi local player yang bergantung sepenuhnya pada hak.. jangan jadi jaguh kampung. Dengan asas yang kukuh bersedialah kita menerobos gelangang persaingan lebih sengit. Dan apabila melayu itu berjaya sebagai global player maka barulah melayu itu diiktiraf sebagai bangsa yang perkasa.. Ingat tingginya martabat melayu itu bermakna tingginya martabat islam....

Tuesday, November 11, 2008

Sajak Kematian : Menteri Arah Henti

Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa penayangan video sajak kematian di sekolah mesti dihentikan. Alasan yang dikemukakan adalah ia menimbulkan ketakukan di kalangan kanak - kanak pada umur yang tidak sepatutnya.

Dalam kaedah pembelajaran, salah satu kaedah yang biasa digunakan adalah behaviorism. Fokus kaedah ini digunakan adalah pembentukan sikap. Sememangnya guru memainkan peranan yang penting untuk pembentukan sikap pelajar selain ibu bapa.

Berbalik pada iu sajak kematian, adakah ianya sesuai ditayangkan kepada kanak - kanak. Bagi saya kanak - kanak lah yang mendapat kesan paling efektif melalui tayangan ini.Ianya sangat baik (selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama. setakat ini tiada ulasan dari pakar agama). Isu fobia dan takut tak timbul kerana sememangnya ketakutan adalah antara senjata behaviorism. Dan sebab itulah disekolah adanya kaedah hukuman dan denda supaya pelajar takut untuk buat salah.

Bimbingan guru amat penting semasa tayangan ini supaya kanak - kanak tidak hanya menfokus pada imej mayat (pocong) untuk ditakuti, tapi lebih kepada pengajaranya. Ketakutan ini akan mendorong pelajar untuk mentaati perintah agama. Apabila sikap ketaatan pada agama ini terbentuk maka ia akan memberi kesan dengan pengamalan sikap positif di kalangan pelajar.Tidakkah itu satu perkara yang baik.

Bersama kita fikirkan..

Tuesday, November 4, 2008

Wahai mahasiswa - mahasiswa melayu & Islam, mari kita renung sejenak...

Kita kerapkali melihat kesalahan orang lain, tetapi cuba kita bermuhasabah sebentar...

1.Pertamanya. Kita sedar pentingnya ekonomi melayu dan islam itu diperkasakan. Tapi sejauh manakah kita menyokong usahawan melayu dan islam.Kemana pergi duit - duit kita. Adakah kerana berbeza seringgit kita memilih kedai - kedai bukan melayu dan islam..

2. Yang keduanya.Kita tahu betapa pentingnya pendidikan kepada orang - orang melayu. Tak perlu berbicara lebih jauh. Sejauh mana kita membimbing adik - adik kita sendiri ataupun saudara terdekat.. Adakah mereka bermotivasi untuk belajar..

3. Yang ketiganya. Kita tahu masjid mempunyai peranan yang culup besar dalam perpaduan ummah.. Tapi adakah kita orang yang bersama - sama mengimarahkan masjid.Kita marah orang bukan islam minta agar memperlahan atau tidak memasang pembesar suara untuk kuliah - kuliah. Tapi rajinkah kita ke masjid untuk mendengar kuliah - kuliah agama..

4.Kita marah ahli politik melayu dan islam bertelagah sesama sendiri. Tapi adakah kita mahasiswa melayu dan islam bersatu.Adakah kerana hanya berbeza negeri dan juga persatuan kita mahu bermusuh.Hanya kerana anugerah persatuan terbaik sanggup kita berpecah belah..

5.Kita sering marahkan pemimpin melayu tidak berkualiti. Tetapi bagaimanakah persediaan kita untuk menjadi pemimpin melayu yang berkualiti. Takkan kita nak harapkan orang lain sahaja yang jadi pemimpin..Kita hanya jadi pengkritik tetap.

6.Kita salahkan pemimpin tak buat apa - apa untuk membantu agama & bangsa.. Tapi apa yang kita buat untuk bantu agama dan bangsa.Cakap senanglah.. Sekurang - kuranglah dengan platform mahasiswa kita buatlah program yang bermanfaat. Dan lebih penting kitalah yang jadi pengarah atu tonggaknya dan bukan harap orang lain buat..

Kesimpulanya: Siapa yang bising - bisingtu boleh lah fikir dan muhasabah sendiri..

Thursday, October 23, 2008

Ingin Jadi Yahudi

Inilah kekhuatiran yang timbul apabila kita bercakap mengenai bangsa. Ungkapan lain yang begitu sinonim apabila memperkatakan mengenai bangsa adalah assabiyah. Tapi apakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan assabiyah tersebut.

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.


Kerapkali timbul pandangan bahawa GPMS adalah pertubuhan yang assabiyah. Sebenarnya pandangan ini tidak benar sama sekali. GPMS adalah satu gerakan yang bercita - cita untuk membela bangsa melayu melalui medium pendidikan. Tidak wujud dalam falsafah gerakan GPMS untuk memusuhi atau menginaya bangsa lain.Gerakan ini dibuat demi kasih sayang kepada bangsa sendiri untuk memastikan bangsa melayu ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa - bangsa lain supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pembanguan negara dan dunia.

Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Lagi pula bangsa melayu bukanlah seperti bangsa lain. Perjuangan bangsa lain seperti yahudi dan bangsa - bangsa eropah memang berteras kepada perjuangan assabiyah. Contohnya yahudi, mereka berangapan bahawa mereka adalah bangsa pilihan tuhan. Adalah tidak salah bagi mereka untuk menginaya bangsa lain kerana bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

Bagi orang melayu pula ianya sesuatu yang berbeza. Bangsa melayu adalah bngsa yang berteraskan islam dalam aspek budaya dan cara hidup.. Mungkin tuan - tuan pernah mendengar pepatah minagkabau:

“Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah”

Wujudnya pepatah ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan bangsa melayu itu dengan islam. Dalam perlembagaan sendiri menyatakan salah satu syarat melayu itu adalah islam. Oleh itu usahlah kita berkelahi lagi mengenai antara perjuangan melayu dan perjuangan islam kerana ianya tidak menguntungkan melayu dan islam..

Melayu kan gagah di nusantara, ISLAM kan gagah menyelamatkan dunia..

Monday, October 20, 2008

Poltik Islam

Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya.

S.S.Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis

Teks tersebut merupakan sebahagian daripada tulisan Dr Asri bertajuk "Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan". Teruskan keseluruhan tulisan...

Friday, October 17, 2008

Ini Bukan Cerita PRK !!!!!

Bagi sesiapa dahagakan cerita PRK (Pilihan Raya Kampus) saya nasihatkan anda tidak terus membaca tulisan ini.. Takut - takut anda kecewa....

Negara digemparkan dengan laporan berita media elektronik berkenaan kes guru ditendang murid. Laporan ini mengambarkan seolah - olah murid sekarang begitu kurang ajar. Maka timbullah topik baru perbualan di kedai - kedai kopi mengenai isu ini. Tak lama lagi saya percaya menteri pun akan buat kenyataan. Bila menteri dah buat kenyataan, lepas tu pastinya akan ada diskusi khusus berkenaan isu ini bagi tujuan mencari penyelesaian.

Baki saya(teacher in training), isu yang sedang hangat ni tidak lain hanyalah mainan media (jangan ckp saya anti media pulak). Bukan kita tak tahu, dah lama dah budak sekolah kurang ajar. Cuma isu murid tendang guru ni dipanjangkan media, sebab itulah ianya nampak begitu serius.


Budak sekolah dah lama kurang ajar ??


Kenape tak percaye??..Memang pun kes - kes murid kurang ajar dah lama berlaku. Cuma ianya adalah kes - kes terpencil. Kalau tak percaya cuba tanya setiap sekolah di malaysia pasti akan ada laporan murid - murid kurang ajar(untuk sekolah biasa je, tak la kan kalau SBP dan MRSM pun ade. Setakat ni belum dengar).Cuma tak masuk surat khabar je. Golongan yang kurang ajar ni pulak akan silih berganti. Satu habis satu masuk.Angka tidak menunjukkan pertambahan tapi statik.Cuma orang yang kurang ajar tu berbeza(utk kes murid kurang ajar sahaja, bukan cerita masalah sosial yang saya akan kupas dalam tulisan akan datang.

Ape pulak puncaya..

Puncaya pelbagai. Kewangan,keluarga, rakan sebaya, pengaruh media elektronik dan tidak mustahil faktor guru itu sendiri. Tidak ada faktor tunggal.
* tapi kadang - kadang kecewa jugak bila terbaca laporan kat akhbar bukan arus perdana. Ade ke cakap ni salah kerajaan sebab hanya pentingkan pembangunan meterial sehingga mengabaikan pembangunan dalaman.Bende macam ni pun nak jadi modal politik ke?? (rujukan: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17417&Itemid=1)

Penyelesaian

Dalam sistem pendidikan di malaysia sebenarnya banyak lagi masalah major yang perlu diselesaikan.Antaranya kekurangan guru, kemudahan komputer dan internet di sekolah,tahap penguasaan bahasa inggeris, sistem latihan guru dll.Masalah murid kurang ajar hanyalah masalah terpencil. Ianya lebih kepada ingatan dan pengajaran kepada guru - guru untuk menangani aneka ragam murid - murid.

Kepada mahasiswa

Apa lagi yang ditunggu. Kata mahasiswa pewaris kepimpinan negara. mahasiswa juga sebagai pembela masyarakat. Marilah kita sama - sama jenguk - jenguk adik - adik kita di sekolah tu.Kepada penggerak - pengerak GPMS, ape lagi? Mari kita semua terangkan obor - obor yang dinyalakan Allahyarham Aminudin Baki (Pengasas GPMS) untuk menerangkan kegelapan adik - adik kita..

* Kepada pembaca budiman,tajuk tulisan ini adalah " Murid Melawan Guru: Betulke pelajar sekarang semakin kurang ajar".

Examination Fever

Monday, October 13, 2008

Bila Gerakan Islam di Kampus Masuk Politik

Dalam tulisan ini, saya tidak menujukan kepada sesiapa secara langsung. Namun siapa makan cili dia terasa pedas. Hanya mereka yang mampu berfikir secara rasional boleh membaca. Kalau emosional baik tak payah baca. Ingat. kalau nak baca, baca sampai habis.

1. Segarnya gerakan islam di kampus - kampus merupakan satu perkara yang positif. Ianya diharap mampu untuk menerapkan nilai - nilai islam kepada warga kampus.
2. Gerakan Islam di kampus diharapkan dapat menyokong usaha mar maaruf nahi mungkar di kampus - kampus memandangkan warga kampus merupakan darah muda dan remaja yang sememangnya masih belum menemui hakikay sebenar kehidupan dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang negatif walaupun tidak dinafikan mempunyai daya intelektual yang tinggi.
3.Walaupun gerakan islam di kampus ini wujud namun tiada kesan ketara yang ditunjukkan. Apabila berbicara mengenai pnerapan islam mereka lebih gemar menyalahkan pihak universiti kerana tidak menerapkan nilai islam di kampus berbanding mereka sendiri yang membuat usaha dakwah.
4. Gerakan islam di kampus masih seronok dengan kelompok sendiri.Ahli - ahli mereka terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama ataupun sekurang kurangnya ahli surau. Mereka lebih bertindak memanfaat dan mengorganisasi kekuatan (menerima tarbiah sebelum di kampus)berbanding membina kekuatan.
5. Tambah parah apabila gerakan islam di kampus dilabel sebagai entiti politik(Sebab itu banyak aktiviti mereka dihalang pentadbiran universiti).Keadaan ini menyebabkan mereka telah membina tembok pengasingan dengan golongan yang tidak sefahaman dengan mereka dan menyebabkan mereka semakin terasing di kalangan warga kampus.
6.Situasi ini membawa gambaran yang buruk kepada gerakan islam di kampus. Mereka dianggap pertubuhan politik semata berbanding dengan objektif sebenar mereka untuk menerapkan nilai islam di kampus.
7.Saya ingin mengingatkan kepada penggerak2islam di kampus, usahlah terlalu fanatik dengan politik jika mahu proses tarbiah anda diterima. Tumpukan usaha membuat amar maaruf nahi mungkar dan jangan cari pelbagai alasan untuk anda tidak bergerak di kampus.
8.Kami GPMS UiTM bukanlah bertindak sebagai entiti politik di UiTM. Sebab itu perjuangan kami mudah diterima oleh warga UiTM. Saya tidak menafikan adanya usaha menjadikan GPMS sebagai entiti politik di IPT lain(Saya cukup tidak bersetuju dengan usaha ini). Namun lihatlah apa kesanya. GPMS dibenci tanpa diketahui perjuangannya.
9.Walaupun kami GPMS UiTM tidak ada perkataan islam dalam nama pertubuhan kami manun setiap program yang kami jalankan tidak pernah mengabaikan kewajipan islam. Kami juga sering berpesan kepada ahli2 untuk mengamalkan akhlak islam. Memanglah terlalu kecil sumbangan kami tetapi mencukupi daripada tiada.

Thursday, October 9, 2008

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?

Seperti biasa saya memulakan hari dengan membaca akhbar secara online. Namun saya agak terkejut dengan sebuah laporan di dalam harakah..

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17274&Itemid=50)

Saya sebagai barisan kepimpinan GPMS UiTM sendiri pun tidak mengetahui cerita ini tapi orang lain pulak yang pandai - pandai buat cerita. Andai kata berita ini benar, maka kami GPMS UiTM lah yang akan membantah agenda tersebut..

Fungsi GPMS di kampus bukan sebagai parti politik tetapi lebih kepada menerapkan agenda perjuangan kepada warga kampus untuk meninggikan darjat bangsa melalui pendidikan. Politik partisan telah terbukti memecah belahkan kaum melayu. kami tidak mahu tragedi perpecahan melayu terjadi diluar kampus turut dibawa ke dalam kampus..

Benar GPMS terlibat dengan PRK namun demikian kami lebih berfungsi sebagai penyokong aspirasi kerana mendokong aspirasi universiti adalah tanggungjawab seluruh warga kampus. Biarlah GPMS hanya bertindak sebagai tangan2 yang berkerja yang tidak dilihat dalam PRK tanpa perlu menggunakan nama GPMS sebagai Parti yang bertanding.

Kepada mahasiswa yang terlibat dalam PRK nanti. Berpolitiklah dengan matang..

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
Intan Abdullah
Thu | Oct 09, 08 | 3:46:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.

Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.

Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.

Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.

Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.

Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti. - mks._

Kuasa kapitalis bergegar..

1.Dunia menyaksikan bagaimana kuasa - kuasa kapitalis mula merasai gegaran akibat ketidakstabilan ekonomi (sebelum ni mereka hanya menjadi penonton negara membangun mengalami krisis).
2. Situasi ini jika berterusan mungkin akan mengakibatkan blok2 ekon ekonomi barat runtuh.
3. Ekonomi barat sebenarnya banyak bergantung kepada kebolehan mereka untuk memanipulasi kekayaan sumber negara lain. Mereka tidak punya sumber kekayaan negara yang kukuh. Sebagai contoh Amerika yang mengharap pelaburan di negara lain termasuk minyak dari timur tengah..
4.Jika kita melihat bangunan yang megah di eropah sebenarnya ia merupakan hasil usaha mereka sebagai kuasa imperealis satu masa dahulu.
5.Tanah Melayu merupakan penyumbang utama pendapatan british semasa zaman imperealis. Maka tidaklah salah kiranya kita berkata pembangunan di britain yang kita lihat sekarang adalah hasil kekayaan tanah melayu satu masa dahulu.
6.Setelah zaman imperealis mereka tidak meninggalkan tanah jajahan mereka begitu sahaja. Negara jajahan hanya merdeka dalam aspek politik. Hakikatnya ekonomi masih dijajah kerana mereka telah menanam pelaburan yang besar di negara jajahan dan juga pelangan tetap kepada produk keluaran mereka..

(Nantikan sambunganya..)

Monday, October 6, 2008

Diari Hari Raya

Maaflah lame tak melayari blog & menulis. Maklumlah kat kampung belum ade strymyx (insyaallah akan datang ade la). Kat bawah ni saya kongsi sikit gambar time hari raya..



Bersama Abah & Mak




Gambar Keluarga Tercinta Setelah Bermaafan di Pagi Raya

Friday, September 26, 2008

Perutusan Hari Raya GPMS UiTM



1.Menjelang Syawal yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, kami GPMS UiTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya kami ada melakukan kesalahan dan kesilapan dan kami juga sedia untuk memaafkan sekiranya sahabat2 yang mungkin melakukan kesalahan ataupun kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak.. Bersama kita menghayati kemuliaan syawal..

2. Selari dengan kemuliaan syawal yang bakal menjelang,kami menyeru seluruh umat melayu islam agar kembali bersatu selari dengan budaya menziarahi dan bermaafan di bulan syawal. Maaf yang dipohon dan diberi janganlah hanya dimulut dan mestilah datang dari hati yang ikhlas.

3. Hilangkan persengketaan kita akibat politik, hilangkan persengketaan kita akibat jawatan, hilangkan persengketaan kita kerana nama dan hilangkanlah semua persengketaan kita. Bersamalah kita membentuk kesatuan.

4. Asas kesatuan yang kukuh inilah yang dapat menjamin kekuatan umat melayu islam bukan hanya di Malaysia tetapi juga di persada dunia.Maka dengan kekuatan inilah umat melayu dan islam di Malaysia tidak lagi dipandang rendah dan dipermain - mainkan.

5. Kepada mahasiswa, lihat dan fikirlah apa yang terjadi kini. Hari ini kita disajikan dengan pertelingkahan pemimpin - pemimpin melayu (rakyat biasa hanya mengikut) sehingga membawa kepada kerendahan martabat umat melayu islam. Fikirlah dan hanya jangan sekadar melihat. Ambillah pengajaran. Kelak apabila tiba giliran kita janganlah dilakukan perkara yang sama. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Jika kita gagal belajar daripada sejarah, mungkin apabila kita bergerak ke hadapan tanpa kita sedari sebenarnya kita mengundur ke belakang dan mengulangi kesilapan yang sama ..

6. Aktivis mahasaiswa melayu islam usahlah kita pun turut dipecahkan dengan politik dan kuasa. Atas nama kemuliaan agama islam marilah kita bersatu. Di bulan syawal yang mulia ini bersedialah untuk kita meminta maaf (terlalu banyak kebohongan dan fitnah yang dilempar tanpa disedari) dan memberi maaf (mungkin kita tidak tahu terdapat sahabat kita yang mempunyai kesalahan pada kita). Lihatlah persamaan dan ketepikan perbezaan.

Kami mengharapkan agar syawal yang bakal dilalui dapat menjadi titik permulaan yang terbaik untuk disatukan seluruh umat melayu islam untuk memulakan satu gelombang baru kekuatan umat MELAYU ISLAM.. INSYAALLAH..

Mohd Abd Rauf B Tumiran
Yang Dipertua
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Cawangan Khas UiTM Malaysia..

Wednesday, September 24, 2008

MAHASISWA & POLITIK

Siaran Rakaman Bicara Siswa Sempena Minggu Penghayatan GPMS

Tarikh : 26 Sept 2008 (Jumaat)
Tajuk : Mahasiswa & Politik
Masa : 10 Malam
Media : RTM 1
Panel
1. Dato' Reezal Merican (Presiden GPMS)
2. Mohd Abd Rauf Tumiran (YDP GPMS UiTM)
3. Sdr Azreen (YDP MPP UNISEL)

Thursday, September 18, 2008

Game Over : Pulihkan Ekonomi Negara

1. Saya jarang mengulas mengenai isu politik negara tapi keadaan yang berlaku sekarang amat menarik untuk diulas dari pandangan seorang muda.

2. Sebelum PRU 12 BN begitu selesa dan yakin bahawa mereka akan terus berkuasa berdasarkan pencapaian mereka sepanjang memerintah negara.

3.Keadaan selesa ini menyebabkan pemimpin2 BN leka termasuklah pemimpin2 UMNO (ingat bukan parti UMNO seluruhnya).Mereka berangapan segala noda (rasuah & salah guna kuasa) dapat ditutup dgn pembangunan negara (hasil pemimpin terdahulu) dan janji2 manis.

4. Sebelum pilihanraya juga pembangkang memalu gendang dengan penuh semangat atas misi untuk menjadi pembangkang yang kuat dan efektif.

5. Selepas PRU12 ramai yang terkejut. BN terkejut sebab kalah banyak kerusi (termasuklah jeneral2) dan pembangkang terkejut kerana menang banyak kerusi.

6. Dalam BN maka bermulalah blame game. Masing2 ckp mereka tak salah. Semua tuding orang lain.

7. Parti pembangkang pulak macam tak bersyukur.Cita2 diubah. Daripada jadi pembangkang yang kuat tukar pulak nak bentuk kerajaan baru. Usaha pertama tubuhkan pakatan rakyat(walaupun berbeza ideologi).

8.Muncul pulak Anwar Ibrahim dgn penuh yakin memalu gendang 16 september. Katanya ade ahli parlimaen BN yang nak lompat parti.

9. Bn pulak makin rancak menari(syok sangat dengan gendang pakatan rakyat). Tanpa sengaja timbul pulak isu perkauman(ke dah plan). Semua nak jadi hero bangsa.Pemimpin yang buat hal rakyat dapat bala.Celake punya pemimpin..


10. 16 sept pun berlalu macam biasa..(ingat kan boleh tambah cuti). Tak der pun pemimpin melompat. Tak der pun tukar kerajaan.Tak der pun turun harga minyak.

Sudah la tu...

11. Jangan cerite pasal nak tukar kerajaan, jangan cite pasal gaduh2 antara kaum. rakyat dah melarat dah ni. Semua barang naik. Tapi pemimpin gaduh2 lagi..

12. Sebagai wakil kepada rakyat MALAYSIA aku tuntut janji BN selamat aman makmur.. Kat PR pulak aku tuntu jadi pembangkang yang kuat..

13.Kepada anwar ibrahim.Hang kan pakar ekonomi (ikut yang hang habaq la..),ape lagi tolong - tolong lah kerajaan yang ade. Ni bukan cite BN atau PR. Ni cite pasal MALAYSIA YANG TERCINTA..

14. Panggil kawan hang pak arab - pak arab tu labur kat Malaysia, Daripada habis duit kat UK beli machester city baik buat Universiti untuk orang islam.

15. Kalau prestasi ok karang PRU13 pandailah rakyat nak balas jasa.

16. Kepada kerajaan yang ada, aku mintak tolong sangat - sangat pulihkanlah kestabilan negara. Jangan utamakan kepentingan sebdiri tapi utamakan kepentingan rakyat.

17. Kepada orang2 UMNO, bersihkanlah UMNO daripada pengkhianat2 bangsa. kan sekarang tengah rancak pemilihan pelbagai peringkat. Gunakanlah hak anda..

OKLah. Banyak sangat merapu ni. Aku nak study. Belajar Terus Belajar..

Assalamualaikum...

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Disaat kita menyambut 51 tahun usia kemerdekaan negara, mari kita renungkan:

1. Sesungguhnya mendapatkan kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sedikit nyawa tang terkorban, bukan seringgit harta yang dikorbankan, dan bukan seminit ianya berlaku. Marilah kita bersama - sama menghadiahkan bacaan al fatihah kepada pejuang - pejuang kemerdekaan sama ada yang diketahui ataupun tidak diketahui. Mereka tidak menuikmati kemerdekaan tetapi mereka boleh menikmati hadiah doa dari kita yang sudah merdeka..

AL - FATIHAH

2. Sesungguhnya mendapatkan kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah. Harus diingat mengekalkan kemerdekaan sebenarnya lebih susah. Adakah Malaysia akan terus merdeka.

3.Harus diingat tanggungjawab datuk nenek kita untuk mendapatkan kemerdekaan sudah selesai dan kita sampailah sudah giliran kita pula untuk mempertahankan kemerdekaan. Cuba sama - sama kita fikirkan, " Apakah yang kita buat sekarang untuk memastikan Malaysia yang dicintai ini terus Merdeka, Merdeka, dan Merdeka..


Sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami.


Salam Kemerdekaan..

Tuesday, August 19, 2008

Penerangan Isu UiTM

Disebalik kekecewaan terhadap cadangan Menteri Besar Selangor untuk membuka 10% kemasukan ke UiTM kepada pelajar bukan bumiputera, kami sebenarnya lebih kecewa terhadap sikap yang ditunjukkan orang - orang melayu yang menyokong cadangan tersebut. Tanpa mengetahui matlamat penubuhan UiTM kami pelajar UiTM telah dilanyak tanpa belas kasihan. Lebih menyedihkan isu ini telah digunakan untuk kepentingan politik pihak - pihak tertentu. Pihak GPMS UiTM telah membuat kata sepakat bersama Majlis Perwakilan Pelajar untuk memberi penerangan mengenai UiTM. Namun demikian penerangan tersebut hanya akan dibuat selepas pilihanraya kecil permatang pauh untuk menggelakkan isu ini dianggap sebagai permainan politik.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

Monday, August 11, 2008

GPMS UiTM BANTAH CADANGAN BUKA UITM KEPADA KAUM LAIN

GPMS UiTM membantah sekeras-kerasnya sebarang pandangan, cadangan
dan juga usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam UiTM. Sebarang
usaha untuk menjadikan UiTM sebagai mangsa berikutnya kepada apa
yang disebut sebagai `toleransi', seperti yang telah dilakukan
kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) dan juga biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan
ditentang habis-habisan.

UiTM merupakan institut pengajian tinggi yang dikhususkan kepada
kaum bumiputera terutamanya kaum Melayu dan kenyataan ini harus
dipertahankan sampai bila-bila, tidak kira apa jua zaman dan siapa
pun parti yang memerintah.

Ditubuhkan sejak sebelum merdeka, UiTM telah melalui sejarah panjang
yang menyingkap pengorbanan dan perjuangan bangsa Melayu dan
mempunyai simbolik yang cukup signifikan kepada orang Melayu. Usaha
untuk membawa masuk kaum bukan bumiputera ke UiTM jelas mencabar
maruah kepertuanan orang Melayu dan dikhuatiri boleh mengganggugugat
keseimbangan perhubungan antara kaum Negara ini.

Keseimbangan sosial di Negara ini banyak bergantung kepada
keseimbangan ekonomi dan kuasa ekonomi pula berhubungan secara
langsung dengan aspek pendidikan. Sasaran untuk menyeimbangkan
peratusan pecahan ekonomi di Negara ini dapat dicapai dengan
memberikan lebih peluang pendidikan kepada kaum bumiputera dan bukan
mengurangkannya seperti yang telah dilakukan kepada biasiswa JPA dan
yang ingin dilakukakan kepada UiTM. Entiti UiTM yang menyediakan
seratus peratus kuota kepada kaum bumiputera tidak wajar
dipersoalkan sama sekali memandangkan terdapat lebih 19 IPTA(selain UiTM) dan beratus buah
IPTS yang menyediakan peluang pendidikan kepada kaum bukan
bumiputera(kurang daripada 30% pelajar di IPTS adalah bumiputera).

Sejak awal penubuhannya, UiTM telah menghasilkan ratusan ribu
graduan Melayu yang telah pun berasimilasi dengan sektor pekerjaan,
tidak kira sektor awam mahupun swasta. Namun, jarang sekali
kedengaran graduan UiTM tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam
pekerjaan yang melibatkan semua kaum. Malah, hakikat bahawa graduan
UiTM mempunyai permintan yang tinggi daripada sektor pekerjaan
begitu diakui ramai. Justeru kenyatan segelintir pihak yang mahu
UiTM dibuka kepada kaum lain dengan alasan untuk memastikan pelajar
UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di Negara ini sama
sekali tidak boleh diterima.

UiTM merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan martabat bangsa
dan benteng itu seharusnya dipertahankan sampai bila-bila oleh semua
pihak. Sebarang usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam kilang
pengeluar utama professional Melayu ini haruslah dihentikan sama
sekali.

MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA!

AHMAD THIBRI MASHRI
KETUA PENERANGAN
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
CAWANGAN KHAS UITM MALAYSIA

Sunday, August 10, 2008

UiTM Dibuka kepada Bukan Bumiputera ????

Mengulas kenyataan menteri besar selangor yang mahu UiTM memberi 10% tempat kepada bukan bumiputera.(Sinar Harian, 11 Ogos 08- N2). Persoalan dibawah harus difikirkan ..

1. Mengapa mesti orang melayu sendiri yang memberi jalan kapada kaum lain untuk belajar di UiTM tanpa ada suara terbuka dari kaum lain untuk tujuan tersebut.

2. Adakah ianya benar untuk tujuan persaingan yang sihat ataupun ianya hanyalah kenyataan yang menguntungkan politik pihak tertentu.

3.Apakah ianya satu lagi langkah untuk cuba mengusik orang melayu setelah beberapa isu terdahulu (Kuasa raja - raja melayu, ternakan babi secara komersil di selangor, Biasiswa JPA, Perbincangan semula kontrak sosial, forum memeluk islam)

Monday, August 4, 2008

Salam Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Minggu Penghayatan GPMS yang telah berlangsung 26 Julai - 31 Julai 2008 di UiTM. Hanya allah yang mampu menilai usaha yang dilakukan dan hanya allah yang mampu membalasnya. Bersama menghayati GPMS sempena ulang tahun GPMS ke 60...

Mohd Abd Rauf B Tumiran
YDP GPMS UiTM

Saturday, July 12, 2008

GPMS UiTM Sebagai Stakeholder Pembangunan UiTM

UiTM adalah institusi yang begitu penting untuk meramaikan lagi bilangan profesional di kalangan orang melayu. UiTM mengharapkan dengan pertambahan bilangan profesional di kalangan orang melayu dan bumiputera ini dapat meningkatkan martabat orang melayu.

GPMS UiTM adalah stakeholder (pihak yang mempunyai kepentingan/memain peranan) untuk UiTM mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pada masa UiTM menekankan aspek akademik kepada pelajarnya GPMS UiTM pula memberi penerapan mengenai semangat perjuangan yang wajib ada pada setiap anak melayu. UiTM dan GPMS UitM bergerak selari dalam merealisasikan matlamat untuk melahirkan profesional melayu yang membawa agenda melayu.

GPMS UiTM menfokus kepada elemen kepimpinan (kepada kumpulan sasaran mahasiswa) melalui program yang berbentuk khidmad masyarakat, kerohanian, pendedahan politik matang, aktiviti lasak, penerapan intelektual dan pemikiran kritikal. Pada masa yang sama ianya realistik dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang mempunyai tanggungjawab akademik. Hasil yang diinginkan adalah melahirkan pemimpin profesional yang bijak mencorakkan politik bukanya pemimpin yang menjadi hamba kepada politik.

Namun demikian kami juga tidak mengabaikan aspek kosmetik seperti publisiti namun ianya adalah mengikut keutamaan.

Melayu Kan Gagah di Nusantara

Monday, June 9, 2008

Kenapa Potong Peruntukan KPT

Saya ingin mengulas berita utama dalam akhbar Berita Harian Isnin 9 Jun 2008 yang bertajuk "RM800j lagi untuk subsidi:
Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9 dikurang" .Antara lain laporan tersebut menyatakan:

-Kerajaan mengurangkan RM800 juta peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bagi menampung beban membiayai pelbagai subsidi yang diberikan untuk rakyat.

-Pengurangan peruntukan itu dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kerajaan memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.

-Sebahagian besar peruntukan yang dipotong itu membabitkan pembiayaan bagi pelbagai projek pembangunan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
EPU mendapati ada sesetengah projek di bawah kementerian yang tidak dapat diteruskan antara lain kerana tidak berdaya maju, kosnya meningkat malah mungkin tidak diperlukan.

Mengulas isu ini saya ingin menyatakan pandangan :

- Tidak adakah perancangan yang teliti dibuat oleh KPT dalam merancana RMK9 sehinggakan ada projek yang dikategorikan tidak diperlukan oleh EPU. Sekiranya tiada kenaikan kos bahan api dan tiada pemotongan oleh EPU adakah projek yang dikategorikan tidak diperlukan ini diteruskan.

- Projek KPT dalam RMK9 adalah bersifat jangka masa panjang sedangkan pemberian subsidi makanan adalah untuk jangka masa pendek. Adakah kerajaan hanya memikirkan jangka masa pendek.

- Harga minyak akan terus naik. Selepas ini kementerian mana pula akan jadi mangsa. Mungkinkah kementerian Pelajaran.

Thursday, May 29, 2008

Wahai Budak - budak Melayu takkan Diam Je Kot

Bila cerita pasal politik semua orang nak jadi hero. Tapi bila hak orang melayu diambil sedikit - sedikit semua orang diam je. Cerita ezam masuk UMNO lagi dapat perhatian dari cerita hak biasiswa JPA oran melayu yang diambil orang.Di saat kita berpecah belah macam - macam pulak yang si penjajah tu dapat.

Sahabat - sahabat ku marilah kita berfikir pasal masa depan. Isu yang saya cuba bawa ini adalah berkaitan masa depan orang melayu. Pasal politik biarlah player sekarang yang uruskan. Pandai la diorang nak selesaikan. Jangan lupa politik boleh berubah bila - bila masa je berdasarkan isu semasa. Tapi masa depan orang melayu perlu perancangan yang teliti dan gerakanya perlu dimulakan sekarang.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM Malaysia

Untuk rujukan berita sila layari www.rujukan0619.blogspot.com

GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan

Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa orang melayu(yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh JPA :

1. Bilangan Profesional Setiap Kaum

Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat malaysia. Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang akan turut rendah peratusanya.

2. Status Keluarga

Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi tidak boleh dijadikan alas an kerana sudah tentu orang yang lengkap keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

3. Penguasaan Ekonomi Kaum

Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil. Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi 20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan.Bilangan professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang – kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah menambah bilangan penerima biasiswa JPA dab bukan menggurangkanya.

4. Jaringan dalaman kaum

Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana factor penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera hamper mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.


Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut. Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk kepentingan Negara

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia
Mart0619.blogspot.com

Untuk rujukan berita sila layari www.rujukan0619.blogspot.com

Monday, May 26, 2008

Islam Sebagai Asas Kekuatan

Pernahkan sahabat – sahabat ketahui bahawa sebelum kemasukan islam ke nusantara istilah orang melayu tidak pernah digunakan. Bangsa melayu tidak pernah dikenali.Yang ada hanyalah kerajaan srivijaya, majapahit, acheh dan lain – lain. Setelah kedatangan islam wilayah nusantara ini dikenali sebagai wilayah orang melayu. Islam telah mempersatukan orang – orang melayu. Tiada lagi istilah orang jawa, bugis, acheh, palembang dan lain – lain. Semuanya bersepakat menggunakan istilah orang melayu (kecuali etnik – etnik yang tidak menerima islam ). Kemuncak kegemilangan adalah Kerajaan Melayu Melaka dimana ketika itu bahasa melayu menjadi ‘lingua franca’.

Sejarah membuktikan bahawa islam mampu untuk menjadi medium penyatuan orang – orang melayu. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Dalam saat perpecahan orang melayu dek kerana fahaman politik mengapa kita tidak mengulangi sejarah mempersatukan orang – orang melayu dengan menggunakan medium islam.Islam tidak boleh hanya dilihat sebagai ideologi parti politik tertentu. Parti politik tertentu tidak wajar untuk menganggap bahawa hanya merekalah sahaja yang mengamalkan islam yang sebenar.

Islam merupakan asas kepada semua insan yang berbangsa melayu. Akhlak orang melayu itu tidak ada bezanya dengan akhlak seorang islam. Asas islam yang hendak dijadikan asas penyatuan itu haruslah merangkumi akidah, syariah dan akhlak dan bukanya fahaman mazhab yang sempit ataupun dalam konteks ritual semata – mata.

Ayuhlah kita bersama – sama mempersaudarakan kembali orang - orang melayu atas dasar akidah yang sama. Inilah yang akan menjadi asas kekuatan orang – orang melayu. Dalam konteks universiti pula tidak perlulah kita bergaduh hanya kerana fahaman politik yang berbeza sedangkan bangsa lain ketawa melihat perpecahan sesama kita.

Melayu kan gagah di nusantara....

Orang Melayu Mesti Kuat

Dalam tulisan saya yang lepas saya memperkatakan mengenai bangsa melayu yang masih belum merdeka. Orang melayu masih dijajah oleh bangsa cina. Adakah orang cina perlu dipersalahkan kerana mereka menjajah nusantara. Secara peribadi saya tidak menyalahkan orang cina. Mengikut natural selection yang diasaskan oleh Charles Darwin, hanya yang kuat akan terus hidup. Dalam konteks penjajahan pula, yang kuat akan terus menjajah dan yang lemah akan terus dijajah.

Bolehkah orang melayu merdeka? Pasti boleh. Syaratnya orang melayu mesti kuat. Selagi mana orang melayu lemah maka mereka akan terus dijajah. Malah adalah tidak menjadi kesalahan jika orang melayu menjajah anadainya mereka kuat.

Bagaimana caranya ? Orang melayu hanya boleh menjadi kuat sekiranya mereka bersatu. Bukan hanya orang melayu sahaja tetapi seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Seringkali orang melayu diseru agar bersatu, namun sehingga kini orang melayu masih belum bersatu padu malahan semakin berpecah belah disebabkan asas kesatuan yang tidak kuat.

Kuat disini tidaklah bermaksud dalam aspek fizikal sahaja. Ianya termasuklah kekuatan ilmu, kemahiran dalam perniagaan, penguasaan teknologi terkini dan lain – lain lagi. Aspek kekerasan dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan hanyalah merugikan negara. Orang melayu tidak perlu memerangi orang cina untuk memperoleh kemerdekaan. Aspek yang saya sebelum ini perlulah dikuasai.

Saya menyeru agar semua orang melayu agar bersatu. Ketepikanlah ketidaksamaan kerana ianya hanya akan melemahkan bangsa. Melayu hanya akan kuat kiranya orang melayu besatu....

Melayu kan gagah di nusantara...........

Tuesday, May 20, 2008

Kita Belum Merdeka

Tidak dinafikan orang melayu adalah tuan tanah kepada nusantara. Tanah nusantara ini diwarisi daripada nenek moyang sejak zaman – berzaman. Saya tidak menggunakan istilah Malaysia kerana ia juga seperti Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, selatan Filipina adalah Negara yang wujud selepas tamat penjajahan.

Ramai yang masih tidak sedar sebenarnya penduduk nusantara masih dijajah.Walaupun pada hakikatnya wilayah nusantara ini telah bebas daripada kuasa imperialis seperti British, Belanda, Sepanyol dan Jepun hakikatnya nusantara kini masih dikuasai oleh satu lagi kuasa iaitu China.

Saya ingin berkongsi definasi perkataan yang perlu diambil tahu oleh semua orang melayu (sumber kamus dewan)

1. Menjajah 1) Pergi dari satu tempat ke tempat yang lain menjelajah
2)Menakluk dan memerintah satu daerah

2. Penjajah Bangsa (negeri) yang menjajah sebuah negeri yang lain.

Dalam definasi diatas mari kita kaitkanya dengan bangsa cina. Mereka datang dari tanah besar China menjelajah. Kmudian mereka menakluk dan memerintah satu daerah (negeri). Pada ketika ini orang – orang cina sedang menguasai ekonomi dan politik di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura) padahal ianya adalah hak penduduk nusantara iaitu bangsa melayu. Bangsa cina hanya boleh dianggapsebagai penjajah kerana mereka menguasai sebuah negeri yang lain (tanah nusantara).

Saya bukan berniat untuk menghidupkan semangat perkauman tetapi realiti semasa menunjukkan bangsa cina sudah melampaui batas. Bangsa india juga kini sudah mula menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada penduduk asal penduduk asal nusantara (orang melayu).

Adakah orang cina dan india tidak layak tinggal di nusantara? Mengapa tidak? Mereka adalah manusiadan berhak tinggal di mana – mana muka bumi allah ini. Namun ada hadnya. Jangan mereka persoalkan mengapa orang melayu mendapat pelbagai kelebihan kerana ianya merupakan hak mutlak warga nusantara. Mereka juga tidak berhak mempersoalkan kuasa sultan dan pemimpin melayu. Mereka tidak berhak untuk mempunyai kepentingan politik selain hanya layak untuk memimpin kaum mereka sahaja. Kedudukan Islam juga tidak berhak dipertikaikan. Mereka harus sedar bahawa mereka adalah bangsa pendatang yang terpaksa mengikut segala arahan daripada pemilik tanah.
Sedarlah sahabat – sahabat sekalian, tanah nusantara ini masih terjajah. Perjuangan menuntut kemerdekaan tidak pernah selesai.

Mohd Abd Rauf B Tumiran
YDP GPMS UiTM

Monday, May 12, 2008

Kembali Menulis

ALHAMDULILLAH

Saya berkesempatan meluangkan masa untuk kembali menulis dalam blog saya ini. sekarang ini saya baru sembuh dari demam perperiksaan dan dalam proses untuk memulihkan fisiologi tubuh badan saya. (Maklumlah kurang tidur)

Insyaallah dalam beberapa hari ini saya akan upload tulisan terbaru saya. Banyak isu yang perlu dikupas sebenarnya. Mungkin ramai menunggu pandangan generasi muda seperti saya berkenaan dengan isu - isu semasa negara.

Namun sebagai seorang blogers baru, tulisan saya mungkin tidak sehebat otai - otai bloggers. Namun tetap saya semat dalam diri saya

BELAJAR TERUS BELAJAR

Sunday, April 27, 2008

Apakah Tanggungjawab Aktivis Mahasiswa

Alhamdulillah baru – baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi blog – blog untuk mengetahui perkembangan semasa negara dari pelbagai sudut. Jelas sekali gegaran susulan selepas tsunami politik pada 8 Mac lalu masih dirasai. “Blame game” terus menjadi topik utama dengan jalan penyelesaian masih kabur. Saya juga berkesempatan untuk mengunjungi blog – blog aktivis mahasiswa untuk mengetahui perkembangan kampus seluruh negara. Kecewa. Itulah luahan hati saya. Tempias gegaran tsunami politik turut dirasai oleh aktivis mahasiswa. Blog – blog dipenuhi dengan kupasan mengenai pilihanraya umum. Tidak kurang juga yang menjadi burung kakak tua yang hanya mengikut apa yang diperkatakan pihak lain. Kalau adapun isu kampus yang dikupas adalah isu pemansuhan AUKU yang tidak pernah selesai. Adakah kampus – kampus seluruh Negara tidak mempunyai isu untuk dibincangkan. Bagaimana halnya dengan mahasiswa lesu, pinjaman PTPTN, peningkatan kos sara hidup, penganguran dan lain – lain lagi isu yang menuntut jaln penyelesaian.

Kesempatan yang ada ini saya ingin mengajak aktivis mahasiswa untuk lebih fokus kepada peranan yang boleh mereka mainkan di kampus masing – masing. Saya tidak melarang mahasiswa untuk terlibat dengan isu nasional tetapi cukuplah sekadar hanya ambil tahu kerana masa akan tiba untuk kita menjadi pemainya. Adalah lebih bagus sekiranya aktivis mahasiswa mencari jalan penyelesaian dan bertindak terhadap isu – isu semasa kampus kerana ianya lebih mendatangkan kebaikan daripada melakukan perkara yang sia – sia dan tidak mendatangkan manfaat.

MOHD ABD RAUF TUMIRAN
YDP GPMS UiTM MALAYSIA
012 7421172

AUKU: Pentadbiran Universiti Perlu Lebih Terbuka

1- Seksyen 7 (1) - Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memanggil berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan lebih dari 5 orang tanpa kebenaran dari Naib Canselor atau wakilnya.
2- Sekasyen 7 (3) – Tiada pelajar yang boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran Naib Canselor yang diberi kuasa olehnya.
3- Seksyen 8 – Tiada seorang pelajar , pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar mempunyai atau mengguna atau yang ada dalam milik jagaan atau kawalannya suatu pembesar suara atau seumpamanya
4- Seksyen 9 – Larangan penggunaan bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya
5- Seksyen 11 – Melarang pelajar atau petubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor.

6- Seksyen 12 – Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan, atau lain-lain yang aktiviti sepenuh masa atau sambilan , yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini
7- Seksyen 15 (1) dan (2) – Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara betulis oleh Naib Canselor.

a) Larangan menerbitkan risalah
1- Seksyen 10 Larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor.
2- Seksyen 6 (1) Melarang salinan teks bagi kuliah melainkan untuk pengajiannya dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian dari teks itu bagi tujuan penerbitan , pembahagian, atau pengedaran sama ada mendapat bayaran atau tidak.

b) Larangan Pungutan Wang
Seksyen 15A (1) dan (2) : Larangan pelajar atau pertubuhannya daripada memungut wang atau menganjurkan dengan apa cara untuk memungut wang. Larangan tersebut boleh dikecualikan dengan izin Menteri atau diwakilkan kepada Naib Canselor dengan had dan syarat tertentu

c) Larangan sosial dan prejudis terhadap kepimpinan mahasiswa
1- Seksyen 15B (1) Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan pelajar adalah bersalah di atas nama persatuan tersebut melainkan dibuktikan mereka berusaha mencegahnya dan mereka akan didakwa walaupun tidak terlibat melakukan kesalahan itu.
2- Seksyen 12 – Melarang pelajar mengambil bahagian dalam apa-apa pekerjaan , penggajian , perniagaan , perdagangan , dan lain-lain aktiviti samaada sepenuh masa atau sambilan tanpa keizinan Naib Canselor

Apa yang saya senaraikan diatas merupakan sebahagian perkara daripada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mencetuskan bantahan sejak dari awal ia diperkenalkan. Ada suara agresif memohon agar AUKU dimansuhkan. Persoalan di sini perlukah AUKU dimansuhkan.

Secara peribadi saya berpendirian bahawa AUKU tidak perlu dipinda dalam perkara – perkara diatas. Dalam setiap perkara tersebut secara jelas menyebut atas kebenaran naib canselor (boleh juga dianggap pentadbiran universiti). Jadi disini larangan tersebut bukanlah bersifat mutlak tetapi boleh lagi dibincangkan.

Apa yang perlu untuk disini adalah keterbukaan pihak universiti untuk memberi pengecualian terhadap larangan tersebut. Pentadbiran universiti tidak seharusnya melayan mahasiswa seperti pelajar sekolah kerana mereka mampu untuk menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Sebagai contoh apalah salahnya jika pelajar menyertai NGO kerana ianya banyak mendatangkan manfaat kepada mahasiswa. Namun begitu penyertaan haruslah dikawal supaya NGO yang disertai benar – benar mendatangkan manfaat.

Contoh lain adalah kebenaran untuk berpolitik. Saya merasakan bukanlah menjadi masalah untuk mahasiswa didedahkan dengan reality sebenar politik semasa. Sesuatu isu seharusnya dibincangkan secara telus dan ilmiah. Namun demikian tidak perlulah sehingga mahasiswa dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya.

Secara kesimpulan saya ingin tegaskan disini bahawa AUKU tidak perlu dipinda apatah lagi dimansuhkan. Pihak pentadbiran universiti seharusya lebih bersikap terbuka dalam melayan kehendak pelajar.

MOHD ABD RAUF BIN TUMIRAN
YDP GPMS UiTM

Tuesday, April 22, 2008

Awas!!!!! UiTM Diserang

UiTM kini dilanda virus demam perperiksaan yang teruk. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan simptom - simptom demam tersebut terutamaya yang tak study dari awal. Antara simptom yang dikenalpasti adalah seperti berikut :
  1. Tidak tidur malam
  2. Bergaduh dengan gf/bf (sebab takde mase nak dating)
  3. Bil elektrik kolej&rumah yang tinggi.
  4. Kacau orang pukul 3&4 pagi (sebab tension study)

Sesiapa yang merasai simptom - simptom diatas anda dinasihatkan

  1. Jangan tinggal solat 5 waktu.
  2. Rajin - rajin solat sunat.
  3. Banyakkan ingat allah.
  4. Mintak maaf kat mak&ayah
  5. Mintak maaf kat kawan - kawan.
  6. Dapatkan rehat yang cukup

Monday, April 21, 2008

Mahasiswa Kelesuan

Tangapan sesetengah pihak bahawa mahasiswa kini lesu tidak dapat dinafikan. Tangapan ini tidak ditujukan kepada semua mahasiswa tetapi ianya bersifat majoriti iaitu tidak semua dan masih ada mahasiswa yang dikategorikan tidak lesu. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan majoriti mahasiswa kini lesu:

1.Berfikiran tidak intelek
Majoriti mahasiswa masih belum berfikiran intelektual walaupun hidup di universiti yang terkenal dengan budaya keintelektualan. Minda mereka masih tertutup dan belum bersedia mendengar pandangan dari pelbagai pihak apabila mengulas sesuatu perkara. Skop keilmuan hanya berkisar dengan kursus yang diambil. Isu semasa amat jarang untuk diambil tahu melainkan apabila ianya menjadi keperluan kursus dan memberi kesan kepada markah.

2.Hedonisme
Bukti yang kedua adalah mahasiswa ketagih hiburan. Yang yang terluang dihabiskan untuk berhibur. Hiburan bukan hanya pada skop muzik tetapi termasuk juga permainan computer, sukan yang berlebihan, melepak dan juga perkara – perkara lain yang membuatkan mereka terhibur.

3.Anti sosial
Terdapat mahasiswa yang tidak tahu bergaul dengan masyarakat setempat. Kehidupan social hanya dalam lingkungan rakan kuliah dan teman sebaya. Kebiasaanya mereka ini pasif.

4.Malas berorganisasi
Kebanyakan mahasiswa lebih gemar menjadi pengikut dan tidak berminat untuk memegang tanggugjawab dalam organisasi.Mereka berpendapat penyertaan mereka dalam persatuan akan menganggu masa belajar mereka. Mereka juga tidak bersedia untuk diberi tanggungjawab kerana takut dipersalahkan apabila tanggugjawab yang dipikul tidak dijalankan.

5.Tidak berani bersuara
Walaupun telah dewasa terdapat juga mahasiswa yang masih takut untuk menyatakan kebenaran. Mereka hanya mengikut arahan tanpa bantahan walaupun terdapat kesilapan. Mereka juga tidak berani bertindak sebagai orang yang pertama mengkritik sebaliknya lebih gemar menjadi burung kakak tua yang hanya bercakap apabila orang lain mula bercakap dan bercakap perkara yang sama.

Apa yang saya nyatakan disini hanyalah sebahagian bukti yang menunjukkan mahasiswa kini lesu dan ianya hanyalah merupakan padangan peribadi saya. Saya tidak dapat nafikan aidainya pandangan saya ini silap jika dilihat dari sudut lain. Namun usaha mesti dilakukan untuk memastikan mahasiswa tidak terus hanyut dalam arus kelesuan. Perbincangan berpanjangan mengenai isu ini tanpa tindakan tidak akan menyelesaikan masalah. Aktivis mahasiswa walau apa jua jenama sekalipun harus menjadi pihak yang berada di baris depan untuk mendepati masalah ini.

Sunday, March 30, 2008

Impak Pindaan AUKU Terhadap Bilangan Profesional Melayu



Cadangan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Mohd Khaled Nordin untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk memberi mahasiswa lebih kebebasan seharusnya mempunyai kajian mendalam dan bukan dibuat secara tergesa – gesa untuk mencari populariti. Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah kesan terhadap bilangan professional melayu pada masa akan datang. Sejak AUKU diperkenalkan, aktivis mahasiswa kerap kali menuntut agar AUKU ini dimansuhkan kerana ia menghalang kebebasan mahasiswa. Namun demikian, setelah meneliti beberapa pandangan dan tulisan terhadap tuntutan tersebut, telah dikenalpasti maksud kebebasan yang diperjuangkan adalah terlibat dengan berpolitik dan berdemonstrasi. Persoalanya disini, apakah keuntungan sekiranya mahasiswa diberi kebebasan untuk berpolitik dan berdemonstrasi.
Mengimbau zaman kebangkitan mahasiswa pada akhir 1960an hingga akhir 1970an mahasiswa pada ketika itu begitu aktif mengadakan demonstrasi dalam mempeerjuangkan isu semasa kampus dan masyarakat. Namun pernahkah dibangkitkan persoalan bagaimanakah prestasi akademik aktivis mahasiswa pada ketika itu. Menurut sumber pembacaan dan perbincangan didapati bahawa aktivis – aktivis mahasiswa waktu berkenaan mempunyai keputusan akademik yang teruk dan terdapat sebahagian daripada mereka yang gagal menamatkan pengajian. Namun nasib menyebelahi mereka apabila pada waktu itu sumber manusia begitu terhad dan mereka telah diterima berkerja di sektor awam dan swasta.
Zaman telah berubah, bilangan mahasiswa dan universiti telah bertambah secara langsung juga produk universiti ke pasaran kerjaya juga turut bertambah. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit.Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran pasaran kerjaya yang mencabar ini adakah mahasiswa meletakkan demonstrasi dan berpolitik sebagai keutamaan? Adakah keterlibatan dalam demonstrasi menjadi kredit kepada mereka untuk diterima berkerja? Jika graduan melayu gagal untuk mencapai piawaian yang telah ditetapkan bolehkah mereka menjadi professional dalam jurusan yang mereka ceburi?
Tujuan kerajaan meramaikan bilangan mahasiswa melayu adalah langkah jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai profesional melayu terutamanya bidang – bidang kritikal. Mahasiswa melayu seharusya matang untuk menilai perkara yang hendak dilakukan dan bijak menentukan keutamaan. Mereka seharusya disedarkan mengapa perlunya bilangan professional melayu ini perlu diramaikan dalam menghadapi zaman globalisasi yang serba mencabar ini. Jangan seperti pak kadok “menang sorak kampung tergadai”.

Mohd Abd Rauf Tumiran
Yang Dipertua,
GPMS Cawangan Khas UiTM Malaysia.

Puisi Buat Sahabat

Kira – kira 200 000 pekerja asing dikesan sengaja terus berada di Negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan sesetengahnya melebihi 20 tahun, kerana mahu mendapatkan taraf penduduk tetap.

Berita Harian
Sabtu, 29 Mac 2008

Puisi Buat Sahabatku

Sahabat jangan kau kata aku tiada belas kasihan,
Aku juga manusia yang punya perasaan,
Aku cuma tidak mahu luka lama berdarah kembali.

Sahabat,
Memang di bumi bertuah ini menjanjikan pelbagai rezeki,
Asalkan kau tahu caranya,
Carilah, tuhan tidak pernah menghalang,
Aku juga tidak menghalang,
Kerana aku tahu ada insan yang lebih memerlukanya.

Sahabat,
Apabila telah kau kumpul rezekimu di sini,
Pulanglah ke tanah airmu,
Nescaya keluarga dan sahabatmu setia menunggumu di sana.

Sahabat,
Tidak perlu kau berjanji untuk hidup aman bersama – sama di bumi bertuah ini,
Janji mu itu membuatkan aku,
Teringat kembali,
Kisah yang tidak sampai pun 100 tahu yang lalu.

Sahabat,
Pada waktu itu,
Mereka datang ke bumi bertuah ini dengan penuh harapan,
Tanpa sebarang harta dan juga saudara,
Nenek moyangku menyambut mereka dengan mesra,
Mereka berjanji untuk menumpang hanya seketika,
Apabila sampai masanya,
Mereka akan pulang ke tanah air mereka.

Masa terus berlalu,
Bangsa pendatang mula merasakan bahawa,
Bumi bertuah ini sudah menjadi tanah air mereka,
Mereka memohon kerakyatan,
Sebagai tanda terima kasih bangsa asal diberikan hak istimewa,
Lalu kami hidup aman sebagai sebuah negara merdeka.

Sahabat,
Kusangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari,
Anak – anak pendatang ini mula lupa kepada janji yang dibuat ibu bapa mereka,
Hak yang sama dipohon,
Katanya, janji yang dibuat dulu itu cerita lama.

Cukuplah sahabatku,
Tidak sanggup rasanya untuk ku sambung cerita itu,
Kerana ku tahu kau sendiri telah menjadi saksi kemunafikan bangsa yang juga dulu sepertimu,
Menagih simpati di bumi bertuah ini.

Pulanglah sahabatku,
Pulanglah ke tanah airmu,
Pesanlah kepada saudara – saudaramu,
Binalah sendiri negara tanah airmu,
Petuanya mudah,
Bersatu dan meninggikan keilmuanmu,
Pintalah pertolongan jika kau memerlukan bantuan,
Akan ku bantu semampuku,
Asal tidak kau pinta,
Tarafmu sama dengan tarafmu,
Di bumi yang bertuah ini.


Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Cawangan Khas UiTM Malaysia
30 Mac 2008