Monday, December 7, 2009

Selamat Maju Jaya



Kepada sahabat - sahabat Kursus Fasilitator & Pengucapan Awam selamat maju jaya saya ucapkan. Moga kalian dapat memanfaat ilmu yang diberi. Buat semua tenaga pengajar, ribuan ampun & maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah sangka & terlanjur perlakuan.

Terbaik Dalam Segala

Kalau kau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit,
Jadilah belukar di bawah lembah, tetapi jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit, Jadilah belukar kalau tak dapat jadi pokok..

Kalau tak dapat menjadi belukar selingkar,
Jadilah rumput sederet,
Dan serikanlah sebatang jalanraya,
Kalau tak dapat menjadi ikan temoleh, Jadilah seluang,
Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.

Tidak semua boleh menjadi nakhoda,
Sesetengah kita perlu berbaju kelasi,
Namun setiap tubuh punya kerja,
Tugas besar dan tugas kecil,
Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat,
Kalau tak boleh jadi jalanraya,
Jadilah sekerat lorong.

Kalau tak boelh jadi matahari,jadilah sebutir bintang,
Besar bukan ukuran gagalnya,
Tapi, jadilah yang terbaik dalam segala..

- Petikan dari buku Revolusi Mental-









-kwn2 jangan lupe bagi korang punye email. Just click comment kat bawah ni pastu letak nama & email-

Monday, November 2, 2009

Jom Kaya


Orang melayu ni bukan bengap mana. orang melayu ni hebat. Tapi kehebatan orang melayu ni terhad untuk keperluan asas aje. Asal cukup makan & pakai dah la. Tak terfikir pun nak kaya.

Kalau nak tengok orang melayu ni kuat tak kuat tengok2 la Bersamamu yang kat TV3 tu. Macam mana susah sekalipun makanan kena cari. Tak mati pun kebulur takde makanan.Hidup kena terus. Kagum saya tengok usaha diorang nak cari makanan. Rasannya kalau orang melayu lain usaha kuat macam tu dah ramai dah yang jadi jutawan.

Cuba pulak tengok Felda. Bukan senang nak jadikan hutan belantara tu jadi ladang sawit & getah. Memang hebat. Tapi bila sawit & getah dah keluarkan hasil,makan dah cukup tibe2 pulak jadi tak produktif.

Nape kita mesti hadkan pemikiran kita. Nape kita tak nak kaya. Bukan susah pun nak kaya. orang cina kaya sebab diorang fikir diorang wajib kaya. kalau tak sengsara di alam satu lagi (ikut kepercayaan diorang).

Zaman cukup makan dah lepas dah. mari kita mulakan zaman baru. Zaman dimana orang melayu kena kaya. Jom sama - sama kita tanam azam RM 1 Juta dalam akaun simpanan.. Ada berani ke. Jom la kita kaya sama - sama..

Saturday, September 5, 2009

Minggu2 Terakhir

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalankan sesi Latihan Mengajar di SM Teknik Shah Alam. Walaupun tempoh dua bulan setengah itu memng pendek tapi ia merupakan satu tempoh dimana saya mempelajari terlalu banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.Terima Kasih TEKSHA.

KUHARGAI JASA KALIAN




INSAN - INSAN KESAYANGAN




TEMAN - TEMAN SEPELATIH


Saturday, August 15, 2009

AL - FATIHAH

Marilah kita sama - sama menghadiahkan bacaan surah AL FATIHAH kepada semua pejuang GPMS bersempena dengan Hari Ulang Tahun GPMS ke 61 pada 14 & 15 Ogos.. Marilah kita juga mendoakan perjuangan GPMS agar berterusan menjadi wadah pembela melayu..

AL - FATIHAH

Wednesday, August 5, 2009

MELAYU KENA KUAT ATAU MAMPOS


1.Kita seringkali berbincang mengenai dilema makro ataupun kelompok besar. Perbincangan yang tiada kesudahan.Asyik berbicara mengenai komuniti melayu. Pusing - pusing bingcang hasilnya kesimpulan yang sama sahaja. Orang melayu lemah, bodoh, malas dan hina.

2.Tidakkah boleh sesekali kita berbincang mengenai persoalan aku dan engkau.Persoalan diri sendiri.Persoalan mikro. Lemah, bodoh, malas, dan hinakah aku kerana akupun melayu.

3. Dalam tulisan saya yang lepas saya pesan kita kena kuat. Engkau kena kuat kalau tidak engkau akan mampos. Sape kuat dia akan menang.

4.Sesekali fikirlah, aku kena kuat. Kalau aku tak kuat aku akan kena naya. Pemimpin MELAYU yang aku harapkan pun join sekali naya aku sebab aku lemah.

5. Jadilah aku yang kuat. Kerana aku adalah melayu. Bapakku melayu. Emakku melayu. Kalau aku tak nak kuat maka lemahlah aku, lemahlah melayu. MAMPOSLAH MELAYU...

Saturday, July 25, 2009

Jadi kuat atau mampos..



1.Teori “Natural Selection” yang dikemukakan oleh Charles Darwin menyatakan bahawa “hanya yang kuat akan terus hidup”.

2.Teori inilah yang menjadi anutan para kapitalis yang berterusan mengumpul kekayaan. Hasilnya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan terinaya.

3.Kalau ditanya ahli sosiologi barat juga mereka turut mendokong pendapat tersebut. Malah antara teori penting dalam sosiologi adalah “conflict theory” yang didokong oleh Karl Mark dan Max Weber. Menurut teori ini, dalam masyarakat akan sentiasa wujud poersaingan untuk mendapat “scarce resourses” atau sumber yang terhad. Golongan masyarakat yang lebih kuat kebiasaanya akan menguasai sumber tersebut. Mudah cerita siapa kuat dia menang.

4.Oleh itu jadilah kita kuat ataupun kita akan mampos..

Jangan kita salahkan orang kerana menginaya kita tetapi salahkan diri sendiri kerana boleh teraniaya..

Saturday, June 27, 2009

Jadi Cikgu Jelah Senang....

Ramai berpendapat menjadi Guru@ Cikgu itu begitu mudah..Antara asbab yang dikemukakan adalah:

- Gaji banyak
- Cuti banyak
- Kerja senang
- Relax
- Selalu Jalan - jalan
- Lebih masa bersama keluarga

Dengan bayangan segala bentuk kesenangan ini maka berebutlah semua orang ingin menjadi cikgu. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran terdapat 80000 permohonan untuk KPLI yang menawarkan hanya 5132 tempat (harap2 tak semua fikir macam tu).

Ramai juga berkata, jadi cikgu sangat beruntung kerana pahala berterusan. Tapi berapa ramai pula yang berfikir tentang dosa yang bakal ditanggung sampai ke akhirat apabila salah mendidik termasuklah didikan sikap dan tingkah laku..

Bukanlah saya ingin menyatakan bahawa profesion perguruan ini terlalu sukar sehingga melebihi yang lain tetapi cukuplah sekadar ingatan ianya tidak semudah yang disangka.Disebalik keceriaan guru - guru dihadapan anak murid, siapa tahu insan yang bergelar guru inilah yang menangis dan tidak lena tidur kerana memikirkan sesuatu yang terbaik untuk anak - anak didik mereka..

Saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang berminat menjadi cikgu, janganlah dipandang pada kesenangan sahaja kerana hakikatnya kesusahan yang dipikul lebih berat dari kesenangan yang dinikmati..Bersedialah menerima TANGGUNGJAWAB. TANGGUNG di dunia dan JAWAB diakhirat..

Tuesday, April 7, 2009

Membawa Sains Kepada Masyarakat



Sains tidaklah harus dilihat sebagai subjek semata - mata. Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah pemikiran, cara kerja, etika, dan sikap. Ia juga boleh diaggap sebagai cara hidup..Bukanlah saya hendak mengetepikan Islam sebagai cara hidup, tetapi islam itu sendiri yang menggalakkan kita hidup secara saintifik.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sebuah teori sains tidak dengan sewenangnya diterima sehingga ia disahkan benar. Tambah jika yang mengemukakan adalah orang yang tidak mempunyai kepakaran. Penyiasatan untuk mencari kebenaran adalah nilai saintifik.


Sebuah teori sains memerlukan kajian mendalam sebelum diterima

Malah menurut Dr Danial Zainal Abidin, Penulis Buku Tip - Tip Cemerlang Daripada Al Quran, Saintis adalah golongan Ulul Albab yang dinyatakan di dalam Al - Quran.

Surah Ali-Imran ayat 190-191 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan baring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ‘wahai Tuhan kami, Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.”

Siapa yang memerhatikan alam ini? Siapa yang membuat kajian tentang alam ini? Tentulah saintis. Dan tidak sedikit saintis - saintis yang pada asalnya tidak beragama memilih islam kerana telah menemui kebenaran.

Persoalan disini mengapa kita sebagai umat islam yang mengabaikan kepentingan sains ini. Bukan hanya ketinggalan dalam aspek subjek sains, tetapi juga penghayatan terhadap sains..

Sambil melihat kita menghayati. Sambil menghayati kita berfikir. Sambil berfikir kita bersyukur..


Gambar - gambar adalah diambil semasa Program Science Exhibition yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Pendidikan Kimia dimana saya turut terlibat. Program ini telah berlangsung di Fakulti Pendidikan UiTM pada 7 Apr 2009. Saya sertakan lagi beberapa gambar semasa program berlangsung di bawah ini. Tahniah pada semua yang menjayakanya..







Thursday, March 5, 2009

Melangkah Ke atas lagi...

Alhamdullillah tepat jam 9.56 Malam 5 Mac 2009, tamatlah sudah amanah yang ku pegang selama hampir setahun sebagai YDP GPMS UiTM.. Tentu sahaja ramai akan menyangka saya saya sudah boleh berehat sekarang.. Namun ianya tidak bagi saya, bagi saya pelepasan jawatan ini hanyalah satu langkah lagi ke atas di dalam tangga perjuangan.. Apabila saya meletakkan sahaja jawatan bermakna saya sudah bersiap sedia untuk menerima amanah dan tanggungjawab yang lebih berat..




Para hadirin Melafazkan Bacaan Mukadimah GPMS di awal majlis..


Amalan Demokrasi...



Simbolik penyerahan kuasa kepada YDP ke 36 saudara Megat Nazirul



Jasamu Dikenang..Mantan Exco GPMS UiTM ke 35

Friday, February 6, 2009

Hoi GAMIS, BERSATU, SMM, dan Pro M ape yang korang buat nih…

Saya ingin memberi respon kepada Himpunan Mahasiswa Bersama Rakyat di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar, Perak yang diketuai oleh GAMIS, BERSATU, SMM, dan Pro M seperti yang terdapat dalam laporan Mahasiswakini.




Saya mengangap himpunan tersebut sesuatu yang membuang masa dan tidak bijak. Alasan concern dengan perkembangan politik semasa sama sekali adalah karut. Bagi saya ianya hanyalah tindakan untuk kepentingan pihak tertentu dan mahasiswa diperkudakan.
Saya tidak menafikan mahasiswa perlu peka dengan perkembangan politik semasa untuk kesinambungan masa depan politik Negara. Tapi bukan ini caranya. Apa guna kita disemai dengan budaya keintelektualan di Universiti tapi menjadi jumud dan taksub dalam kehidupan seharian.

Dengan daya intelektual yang ada pada kita apalah salahnya kita menganalisis apa yang sebenarnya berlaku. Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan melompat parti sebagai kaedah pertukaran kerajaan kerana mengkhianati kepercayaan rakyat, tak kiralah sama ada BN atau PR yang buat.



Cuba kita kaji dan ramalkan sebab dan akibat apa yang sedang berlaku kini. Mungkin juga kita boleh ramalkan apa yang akan terjadi pada Malaysia sekiranya kerajaan bertukar secara lompat parti. Sedangkan kerajaan negeri pun jadi hura hara ini pula kerajaan persekutuan.

Ingat kita adalah pemimpin masa depan. Keterlibatan kita dalam politik biarlah dalam aspek future base dan tidak contemporary base atau terikut – ikut sangat permainan orang politik sekarang. Banyak isu generasi masa hadapan yang tak selesai. Mampukah generasi muda kini telah dipersiapkan dengan sebelum melangkah ke masa hadapan yang menjanjikan cabaran sosial, ekonomi dan politik yang berbeza.

Nilailah apa yang berlaku kini dan ambillah pengajaran supaya apabila kita semua menjadi pemimpin kelak kepimpinan kita tidak dipertikaikan dan lebih penting menjalankan tugas sebagai khalifah dengan sebaik mungkin agar kita kitak menyesal diakhirat kelak..
Bersatu Melayu Membela Islam..

PAS jugak yang kena tanggung…



1. Jika dianalisis krisis yang berlaku di Perak, siapa yang jadi Punca sebenarnya? Bukankah DAP dan PKR. YB dari PKR dan DAP lah yang main lompat – lompat sebab PKR dan DAP tak tau nak jaga.

2. Tapi bila krisis terjadi nape puak – puak PAS yang beria – ia demo. Demo bukan sebarang demo. Demo protes kat Sultan Perak. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang berkenan mengangkat YB Nizar jadi Menteri Besar wakil dari PAS dan bukan dari PKR dan DAP yang mempunyai kerusi lebih banyak dalam DUN Perak.

3. Adakah mereka lupa Sultan Peraklah yang concern dengan kedudukan Islam di Malaysia dek penangan puak – puak IFC dan murtad.

4. Mana pergi pimpinan dan penyokong DAP. Bukankah mereka yang jadi punca. Layanan istimewa kepada penyokong DAP lah yang menyebabkan Menteri Besar dikiritik hebat oleh orang melayu. Kenapa bukan mereka yang mempertahankan YB Nizar.

5. PAS perlu kaji hubungan mereka dengan DAP dan PKR. PAS seolah – olah hanya meraih kerugian daripada hubungan yang dijalin dengan DAP dan PKR.Kerana PKR terbentuk puak Erdogan dalam PAS. Kerana DAP, PAS didakwa bela babi dan sembunyikan hudud.

6. PAS perlu mainkan peranan sebagai check & balance kepada UMNO. UMNO perlukan suara pengkritik dan bukan pengampu jika mereka mahu membela melayu. Dan disini PAS lah yang selayaknya. Demi kepentingan Islam dan Melayu.

Bersatu Melayu Membela Islam..

Sunday, February 1, 2009

Tahniah dan Selamat Berkhidmat..

Belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru dipilih.. Sesungguhnya peluang yang diberi ini ini wajar dimanfaatkan untuk kalian semua belajar sebelum menerima tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang akan datang..

Selamat berkhidmat..

Sunday, January 18, 2009

Membuka Ikatan Yahudi..



1. Apabila Palestin diserang secara tidak bertamadun oleh israel dunia seakan - akan diikat. Ibarat anak kecil yang diikat, dunia hanya mampu sekadar memekak tanpa ada sebarang respon dari israel. Israel terus membuli Palestin (mereka bukan berperang kerana yang ada senjata hanyalah sebelah pihak).

2.Usaha yang dilakukan kini adalah amat baik. Isu Palestin ini mendapat liputan luas media (pujian harus diberi pada media kerana memberi laporan yang jujur).Media telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyebarkan sentimen kepedulian masyarakat terhadap warga Palestin.

3.Jika sebelum ini ianya hanya diambil tahu oleh orang - orang yang prihatin terhadap perjuangan islam, kini seluruh lapisan masyarakat sudah ambil tahu. Satu permulaan yang baik..

4.Sudah seperti menjadi satu trend kini semua pihak mahu membuat sama ada demonstrasi, tunjuk perasaan, rapat umum, perhimpunan, kempen dan pelbagai lagi. Berbagai tabung juga ditubuh sebagai bukti keprihatinan kepada warga Palestin. Malah seakan satu pertandingan demo siapa yang paling hebat dan tabung mana paling banyak kumpul duit.

5. Saya bukanya tidak menyokong usaha yang tidak dilakukan, tetapi apakah yang dilakukan itu dapat membuka ikatan si yahudi. Isu Palestin bukanya baru bermula. Ianya boleh dianggap cerita lama yang belum selesai..

6.Usaha perlu dilakukan agar isu Palestin ini bukan hanya untuk dijadikan bahan untuk bersedih, tetapi pembakaran semangat untuk membuka ikatan si yahudi dan seterusnya menjadi pejuang yang menentang kezaliman mereka. Perangai kurang ajar mereka mesti dihentikan.

7.Bagi kami GPMS UiTM, satu misi jangka masa panjang telah dibuat. 50 tahun dari sekarang, dunia tidak akan dapat lagi melihat rakyat Palestin dibuli oleh yahudi laknatullah. Usaha dilakukan untuk menyatukan seluruh umat melayu dan islam, memperkasa pendidikan, memperbaiki keadaan ekonomi dan yang paling penting membawa kembali umat melayu dan islam kembali pada ajaran sebenar Islam.

Kami mengharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama tanpa prejudis terhadap niat dan hasrat kami. Kami tidak sempurna tetapi bersama - samalah kita saling melengkapi.

Bersatulah Melayu Membela Islam



Saturday, January 17, 2009

Kepala Babi Dalam Surau: Apa maknanya???

Saya amat terkejut apabila membaca laporan Malaysiakini berkenaan dengan insiden kepala babi dalam surau Akademi Pengajian Islam UM.





1.Apa makna ini semua.Ini dah lebih. Babi adalah simbol penghinaan untuk orang melayu dan islam. Dah la babi, letak kat surau pulak tu.. HOW DARE YOU...

2.Harap - harap ini bukanlah strategi provokasi mana - mana pihak untuk Pilihan Raya Kampus yang sedang hangat di UM sekarang. Jika ianya senjata provokasi PRK amatlah mengecewakan.Doa laknat kepada sesiapa yang melakukan..*agak kecewa jugak bila ada pihak yang guna isu ini untuk tuding jari sesuka hati.

3.Ada pihak seperti mahu ambil kesempatan. Mereka tahu orang melayu yang sikit kat UM tu tengah berpecah sekarang kerana PRK. Ia akan menjadi isu untuk permainan blame game. Orang melayu akan berpecah menyalah antara satu sama lain tanpa menyedari islam sedang dihina terang - terangan. Orang lain yang buat orang islam yang gaduh..mungkin mereka sekarang sedang tergelak bangga melihat orang islam bergaduh akibat perbuatan keji mereka..

4. Ianya seperti satu gerakan terancang memprovokasi orang - orang islam. Sebelum ini hangat dengan isu forum memeluk islam, bantahan kepada majlis fatwa dan lain - lain isu.Orang melayu islam kelihatan cool dan tiada penyatuan dalam memberi respon kepada provokasi yang dibuat. Ianya seperti indicator kepada lemahnya umat islam di Malaysia. Apa pula perancangan mereka selepas ini.Pastinya tindakan lepas ini lebih kurang ajar..

5. Ayuh sahabat - sahabat. Jangan biarkan islam yang dianuti oleh seluruh orang melayu dipermainkan. Ayuhlah kita bersatu.

Bersatulah Melayu Membela Islam..

Saturday, January 10, 2009

Selamatkan Palestin...

Kelab - Kelab dan Persatuan Dalaman UiTM menganjurkan kempen selamatkan Palestin sepanjang bulan Januari..

Sekitar Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Palestin yang dihadiri oleh lebih dari 2000 orang mahasiswa UiTM...







Diakhir majlis para hadiran menderma untuk warga Palestin..

Thursday, January 8, 2009

Selamatkan saudara kami, selamatkan Palestin..

Perhimpunan Aman Selamatkan Palestin

Tarikh : 9 Januari 2009

Tempat : Pusat Islam UiTM Malaysia

Masa : Selepas Solat Jumaat

Marilah kita bersama - sama berhimpun sebagai tanda bantahan kita terhadap tindakan zionis...

Tuesday, January 6, 2009

Peluru Untuk Saudara Ku di Palestin

Jangan cakap banyak. boikot barang - barang yahudi.. kalau tak nak boikot maknanya anda beri peluru pada yahudi bunuh anak - anak palestin..Kongsi dosa sekali.Jangan bagi alasan..






Lagi produk yang perlu diboikot..