Saturday, July 25, 2009

Jadi kuat atau mampos..



1.Teori “Natural Selection” yang dikemukakan oleh Charles Darwin menyatakan bahawa “hanya yang kuat akan terus hidup”.

2.Teori inilah yang menjadi anutan para kapitalis yang berterusan mengumpul kekayaan. Hasilnya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan terinaya.

3.Kalau ditanya ahli sosiologi barat juga mereka turut mendokong pendapat tersebut. Malah antara teori penting dalam sosiologi adalah “conflict theory” yang didokong oleh Karl Mark dan Max Weber. Menurut teori ini, dalam masyarakat akan sentiasa wujud poersaingan untuk mendapat “scarce resourses” atau sumber yang terhad. Golongan masyarakat yang lebih kuat kebiasaanya akan menguasai sumber tersebut. Mudah cerita siapa kuat dia menang.

4.Oleh itu jadilah kita kuat ataupun kita akan mampos..

Jangan kita salahkan orang kerana menginaya kita tetapi salahkan diri sendiri kerana boleh teraniaya..