Sunday, January 18, 2009

Membuka Ikatan Yahudi..



1. Apabila Palestin diserang secara tidak bertamadun oleh israel dunia seakan - akan diikat. Ibarat anak kecil yang diikat, dunia hanya mampu sekadar memekak tanpa ada sebarang respon dari israel. Israel terus membuli Palestin (mereka bukan berperang kerana yang ada senjata hanyalah sebelah pihak).

2.Usaha yang dilakukan kini adalah amat baik. Isu Palestin ini mendapat liputan luas media (pujian harus diberi pada media kerana memberi laporan yang jujur).Media telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyebarkan sentimen kepedulian masyarakat terhadap warga Palestin.

3.Jika sebelum ini ianya hanya diambil tahu oleh orang - orang yang prihatin terhadap perjuangan islam, kini seluruh lapisan masyarakat sudah ambil tahu. Satu permulaan yang baik..

4.Sudah seperti menjadi satu trend kini semua pihak mahu membuat sama ada demonstrasi, tunjuk perasaan, rapat umum, perhimpunan, kempen dan pelbagai lagi. Berbagai tabung juga ditubuh sebagai bukti keprihatinan kepada warga Palestin. Malah seakan satu pertandingan demo siapa yang paling hebat dan tabung mana paling banyak kumpul duit.

5. Saya bukanya tidak menyokong usaha yang tidak dilakukan, tetapi apakah yang dilakukan itu dapat membuka ikatan si yahudi. Isu Palestin bukanya baru bermula. Ianya boleh dianggap cerita lama yang belum selesai..

6.Usaha perlu dilakukan agar isu Palestin ini bukan hanya untuk dijadikan bahan untuk bersedih, tetapi pembakaran semangat untuk membuka ikatan si yahudi dan seterusnya menjadi pejuang yang menentang kezaliman mereka. Perangai kurang ajar mereka mesti dihentikan.

7.Bagi kami GPMS UiTM, satu misi jangka masa panjang telah dibuat. 50 tahun dari sekarang, dunia tidak akan dapat lagi melihat rakyat Palestin dibuli oleh yahudi laknatullah. Usaha dilakukan untuk menyatukan seluruh umat melayu dan islam, memperkasa pendidikan, memperbaiki keadaan ekonomi dan yang paling penting membawa kembali umat melayu dan islam kembali pada ajaran sebenar Islam.

Kami mengharapkan agar semua pihak dapat memberi kerjasama tanpa prejudis terhadap niat dan hasrat kami. Kami tidak sempurna tetapi bersama - samalah kita saling melengkapi.

Bersatulah Melayu Membela Islam