Saturday, June 27, 2009

Jadi Cikgu Jelah Senang....

Ramai berpendapat menjadi Guru@ Cikgu itu begitu mudah..Antara asbab yang dikemukakan adalah:

- Gaji banyak
- Cuti banyak
- Kerja senang
- Relax
- Selalu Jalan - jalan
- Lebih masa bersama keluarga

Dengan bayangan segala bentuk kesenangan ini maka berebutlah semua orang ingin menjadi cikgu. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran terdapat 80000 permohonan untuk KPLI yang menawarkan hanya 5132 tempat (harap2 tak semua fikir macam tu).

Ramai juga berkata, jadi cikgu sangat beruntung kerana pahala berterusan. Tapi berapa ramai pula yang berfikir tentang dosa yang bakal ditanggung sampai ke akhirat apabila salah mendidik termasuklah didikan sikap dan tingkah laku..

Bukanlah saya ingin menyatakan bahawa profesion perguruan ini terlalu sukar sehingga melebihi yang lain tetapi cukuplah sekadar ingatan ianya tidak semudah yang disangka.Disebalik keceriaan guru - guru dihadapan anak murid, siapa tahu insan yang bergelar guru inilah yang menangis dan tidak lena tidur kerana memikirkan sesuatu yang terbaik untuk anak - anak didik mereka..

Saya ingin mengingatkan kepada sesiapa yang berminat menjadi cikgu, janganlah dipandang pada kesenangan sahaja kerana hakikatnya kesusahan yang dipikul lebih berat dari kesenangan yang dinikmati..Bersedialah menerima TANGGUNGJAWAB. TANGGUNG di dunia dan JAWAB diakhirat..

2 comments:

  1. yes.... updated.. huhu
    tahniah...

    aku pun harap, cikgu sekarang akan sama dengan reputasi cikgu dahulu. begitu komited dengan tugas.

    Guru dahulu kebanyakan menghayati etika sebagai seorang guru.

    ReplyDelete
  2. Kerjaya di bidang perguruan nampak senang di mata orang ramai tetapi sebenarnya menuntut pengorbanan yang besar. Ramai orang kata jadi cikgu sekadar mengajar sahaja tetapi ramai yang tidak sedar cikgu berhadapan dengan manusia. Untuk mengubah sikap manusia sememangnya sangat sukar, sebab itulah cikgu perlu dilatih di institut perguruan. Cikgu mungkin bukan orang yang paling pandai jika diukur dari segi ilmu jika nak dibandingkan dengan profesional lain seperti doktor atau pun jurutera, tetapi cikgu mempunyai kemahiran untuk menyampaikan ilmu kepada manusia yang bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Even university lecturers are sometimes not a good educator as they are not trained how to teach. This happens in my university right now when I encountered this kind of lecturers, making the subject hard to understand despite his vast experience in engineering while he was in the industries before. Teruskan usaha murni untuk menjadi guru yang berjaya. Saya pun berasal dari keluarga dimana ibu bapa saya bekerja sebagai guru juga. I think teachers (in general) should earn more in terms of salary considering their skills in developing humankind. :)

    ReplyDelete