Tuesday, April 7, 2009

Membawa Sains Kepada Masyarakat



Sains tidaklah harus dilihat sebagai subjek semata - mata. Ia merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah pemikiran, cara kerja, etika, dan sikap. Ia juga boleh diaggap sebagai cara hidup..Bukanlah saya hendak mengetepikan Islam sebagai cara hidup, tetapi islam itu sendiri yang menggalakkan kita hidup secara saintifik.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sebuah teori sains tidak dengan sewenangnya diterima sehingga ia disahkan benar. Tambah jika yang mengemukakan adalah orang yang tidak mempunyai kepakaran. Penyiasatan untuk mencari kebenaran adalah nilai saintifik.


Sebuah teori sains memerlukan kajian mendalam sebelum diterima

Malah menurut Dr Danial Zainal Abidin, Penulis Buku Tip - Tip Cemerlang Daripada Al Quran, Saintis adalah golongan Ulul Albab yang dinyatakan di dalam Al - Quran.

Surah Ali-Imran ayat 190-191 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan baring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ‘wahai Tuhan kami, Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.”

Siapa yang memerhatikan alam ini? Siapa yang membuat kajian tentang alam ini? Tentulah saintis. Dan tidak sedikit saintis - saintis yang pada asalnya tidak beragama memilih islam kerana telah menemui kebenaran.

Persoalan disini mengapa kita sebagai umat islam yang mengabaikan kepentingan sains ini. Bukan hanya ketinggalan dalam aspek subjek sains, tetapi juga penghayatan terhadap sains..

Sambil melihat kita menghayati. Sambil menghayati kita berfikir. Sambil berfikir kita bersyukur..


Gambar - gambar adalah diambil semasa Program Science Exhibition yang dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Pendidikan Kimia dimana saya turut terlibat. Program ini telah berlangsung di Fakulti Pendidikan UiTM pada 7 Apr 2009. Saya sertakan lagi beberapa gambar semasa program berlangsung di bawah ini. Tahniah pada semua yang menjayakanya..







No comments:

Post a Comment