Monday, April 21, 2008

Mahasiswa Kelesuan

Tangapan sesetengah pihak bahawa mahasiswa kini lesu tidak dapat dinafikan. Tangapan ini tidak ditujukan kepada semua mahasiswa tetapi ianya bersifat majoriti iaitu tidak semua dan masih ada mahasiswa yang dikategorikan tidak lesu. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan majoriti mahasiswa kini lesu:

1.Berfikiran tidak intelek
Majoriti mahasiswa masih belum berfikiran intelektual walaupun hidup di universiti yang terkenal dengan budaya keintelektualan. Minda mereka masih tertutup dan belum bersedia mendengar pandangan dari pelbagai pihak apabila mengulas sesuatu perkara. Skop keilmuan hanya berkisar dengan kursus yang diambil. Isu semasa amat jarang untuk diambil tahu melainkan apabila ianya menjadi keperluan kursus dan memberi kesan kepada markah.

2.Hedonisme
Bukti yang kedua adalah mahasiswa ketagih hiburan. Yang yang terluang dihabiskan untuk berhibur. Hiburan bukan hanya pada skop muzik tetapi termasuk juga permainan computer, sukan yang berlebihan, melepak dan juga perkara – perkara lain yang membuatkan mereka terhibur.

3.Anti sosial
Terdapat mahasiswa yang tidak tahu bergaul dengan masyarakat setempat. Kehidupan social hanya dalam lingkungan rakan kuliah dan teman sebaya. Kebiasaanya mereka ini pasif.

4.Malas berorganisasi
Kebanyakan mahasiswa lebih gemar menjadi pengikut dan tidak berminat untuk memegang tanggugjawab dalam organisasi.Mereka berpendapat penyertaan mereka dalam persatuan akan menganggu masa belajar mereka. Mereka juga tidak bersedia untuk diberi tanggungjawab kerana takut dipersalahkan apabila tanggugjawab yang dipikul tidak dijalankan.

5.Tidak berani bersuara
Walaupun telah dewasa terdapat juga mahasiswa yang masih takut untuk menyatakan kebenaran. Mereka hanya mengikut arahan tanpa bantahan walaupun terdapat kesilapan. Mereka juga tidak berani bertindak sebagai orang yang pertama mengkritik sebaliknya lebih gemar menjadi burung kakak tua yang hanya bercakap apabila orang lain mula bercakap dan bercakap perkara yang sama.

Apa yang saya nyatakan disini hanyalah sebahagian bukti yang menunjukkan mahasiswa kini lesu dan ianya hanyalah merupakan padangan peribadi saya. Saya tidak dapat nafikan aidainya pandangan saya ini silap jika dilihat dari sudut lain. Namun usaha mesti dilakukan untuk memastikan mahasiswa tidak terus hanyut dalam arus kelesuan. Perbincangan berpanjangan mengenai isu ini tanpa tindakan tidak akan menyelesaikan masalah. Aktivis mahasiswa walau apa jua jenama sekalipun harus menjadi pihak yang berada di baris depan untuk mendepati masalah ini.

No comments:

Post a Comment