Sunday, March 30, 2008

Puisi Buat Sahabat

Kira – kira 200 000 pekerja asing dikesan sengaja terus berada di Negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan sesetengahnya melebihi 20 tahun, kerana mahu mendapatkan taraf penduduk tetap.

Berita Harian
Sabtu, 29 Mac 2008

Puisi Buat Sahabatku

Sahabat jangan kau kata aku tiada belas kasihan,
Aku juga manusia yang punya perasaan,
Aku cuma tidak mahu luka lama berdarah kembali.

Sahabat,
Memang di bumi bertuah ini menjanjikan pelbagai rezeki,
Asalkan kau tahu caranya,
Carilah, tuhan tidak pernah menghalang,
Aku juga tidak menghalang,
Kerana aku tahu ada insan yang lebih memerlukanya.

Sahabat,
Apabila telah kau kumpul rezekimu di sini,
Pulanglah ke tanah airmu,
Nescaya keluarga dan sahabatmu setia menunggumu di sana.

Sahabat,
Tidak perlu kau berjanji untuk hidup aman bersama – sama di bumi bertuah ini,
Janji mu itu membuatkan aku,
Teringat kembali,
Kisah yang tidak sampai pun 100 tahu yang lalu.

Sahabat,
Pada waktu itu,
Mereka datang ke bumi bertuah ini dengan penuh harapan,
Tanpa sebarang harta dan juga saudara,
Nenek moyangku menyambut mereka dengan mesra,
Mereka berjanji untuk menumpang hanya seketika,
Apabila sampai masanya,
Mereka akan pulang ke tanah air mereka.

Masa terus berlalu,
Bangsa pendatang mula merasakan bahawa,
Bumi bertuah ini sudah menjadi tanah air mereka,
Mereka memohon kerakyatan,
Sebagai tanda terima kasih bangsa asal diberikan hak istimewa,
Lalu kami hidup aman sebagai sebuah negara merdeka.

Sahabat,
Kusangkakan panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari,
Anak – anak pendatang ini mula lupa kepada janji yang dibuat ibu bapa mereka,
Hak yang sama dipohon,
Katanya, janji yang dibuat dulu itu cerita lama.

Cukuplah sahabatku,
Tidak sanggup rasanya untuk ku sambung cerita itu,
Kerana ku tahu kau sendiri telah menjadi saksi kemunafikan bangsa yang juga dulu sepertimu,
Menagih simpati di bumi bertuah ini.

Pulanglah sahabatku,
Pulanglah ke tanah airmu,
Pesanlah kepada saudara – saudaramu,
Binalah sendiri negara tanah airmu,
Petuanya mudah,
Bersatu dan meninggikan keilmuanmu,
Pintalah pertolongan jika kau memerlukan bantuan,
Akan ku bantu semampuku,
Asal tidak kau pinta,
Tarafmu sama dengan tarafmu,
Di bumi yang bertuah ini.


Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Cawangan Khas UiTM Malaysia
30 Mac 2008

No comments:

Post a Comment