Wednesday, August 5, 2009

MELAYU KENA KUAT ATAU MAMPOS


1.Kita seringkali berbincang mengenai dilema makro ataupun kelompok besar. Perbincangan yang tiada kesudahan.Asyik berbicara mengenai komuniti melayu. Pusing - pusing bingcang hasilnya kesimpulan yang sama sahaja. Orang melayu lemah, bodoh, malas dan hina.

2.Tidakkah boleh sesekali kita berbincang mengenai persoalan aku dan engkau.Persoalan diri sendiri.Persoalan mikro. Lemah, bodoh, malas, dan hinakah aku kerana akupun melayu.

3. Dalam tulisan saya yang lepas saya pesan kita kena kuat. Engkau kena kuat kalau tidak engkau akan mampos. Sape kuat dia akan menang.

4.Sesekali fikirlah, aku kena kuat. Kalau aku tak kuat aku akan kena naya. Pemimpin MELAYU yang aku harapkan pun join sekali naya aku sebab aku lemah.

5. Jadilah aku yang kuat. Kerana aku adalah melayu. Bapakku melayu. Emakku melayu. Kalau aku tak nak kuat maka lemahlah aku, lemahlah melayu. MAMPOSLAH MELAYU...

No comments:

Post a Comment