Saturday, January 17, 2009

Kepala Babi Dalam Surau: Apa maknanya???

Saya amat terkejut apabila membaca laporan Malaysiakini berkenaan dengan insiden kepala babi dalam surau Akademi Pengajian Islam UM.





1.Apa makna ini semua.Ini dah lebih. Babi adalah simbol penghinaan untuk orang melayu dan islam. Dah la babi, letak kat surau pulak tu.. HOW DARE YOU...

2.Harap - harap ini bukanlah strategi provokasi mana - mana pihak untuk Pilihan Raya Kampus yang sedang hangat di UM sekarang. Jika ianya senjata provokasi PRK amatlah mengecewakan.Doa laknat kepada sesiapa yang melakukan..*agak kecewa jugak bila ada pihak yang guna isu ini untuk tuding jari sesuka hati.

3.Ada pihak seperti mahu ambil kesempatan. Mereka tahu orang melayu yang sikit kat UM tu tengah berpecah sekarang kerana PRK. Ia akan menjadi isu untuk permainan blame game. Orang melayu akan berpecah menyalah antara satu sama lain tanpa menyedari islam sedang dihina terang - terangan. Orang lain yang buat orang islam yang gaduh..mungkin mereka sekarang sedang tergelak bangga melihat orang islam bergaduh akibat perbuatan keji mereka..

4. Ianya seperti satu gerakan terancang memprovokasi orang - orang islam. Sebelum ini hangat dengan isu forum memeluk islam, bantahan kepada majlis fatwa dan lain - lain isu.Orang melayu islam kelihatan cool dan tiada penyatuan dalam memberi respon kepada provokasi yang dibuat. Ianya seperti indicator kepada lemahnya umat islam di Malaysia. Apa pula perancangan mereka selepas ini.Pastinya tindakan lepas ini lebih kurang ajar..

5. Ayuh sahabat - sahabat. Jangan biarkan islam yang dianuti oleh seluruh orang melayu dipermainkan. Ayuhlah kita bersatu.

Bersatulah Melayu Membela Islam..

1 comment: