Thursday, December 4, 2008

Menyalah Fahami Hak..

Ramai orang melayu mempunyai tangapan salah terhadap Hak Istimewa orang Melayu. Ada yang mengatakan bahawa hak istimewa inilah yang akan melindungi dan menyebabkan orang melayu ini berjaya. Tanpa hak istimewa ini, orang melayu takkan kemana. Hanya duduk di kampung - kampung menoreh getah dan menangkap ikan di laut..

Ada satu golongan lagi begitu sombong. Mereka berangapan bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada hak istimewa orang melayu. Mereka percaya bahawa mereka sudah cukup kuat untuk bersaing secara terbuka. Mereka inilah yang bersekongkol dengan bangsa lain melenyapkan hak istimewa orang melayu.

Sebenarnya hak hanyalah sekadar peluang. ia bukanlah tempat bergantung sepenuhnya. Orang melayu boleh berjaya dengan hak istimewa ini ataupun tanpanya.Sebagai contoh dalam perniagaan orang melayu diberi beberapa skim bantuan yang khusus untuk mereka. Peluang diberi kerana sememangnya orang melayu baru sahaja memulakan perniagaan dan membuka ruang kepada mereka bersaing dengan bangsa yang sememangnya sudah mewarisi empayar perniagaan yang sarat dengan modal dan pengalaman. Namun begitu kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada usaha dan kecekalan usahawan tersebut dan bukan sepenuhnya pada hak..

Bagi orang melayu yang tak memerlukan hak istimewa ini janganlah bakar jambatan yang orang lain nak pakai.. Ingat bukan semua orang mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang sama. Ramai orang melayu yang masih memerlukan peluang..

Orang Melayu Takkan Berjaya Menjadi Global Player jika Hanya bergantung pada Hak Istimewa..

Ungkapan ini ada benarnya. Hak istimewa hanyalah peluang kepada orang melayu untuk membina asas. Untuk menjadi global player memang tiada hak istimewa. Orang melayu jangan hanya menjadi local player yang bergantung sepenuhnya pada hak.. jangan jadi jaguh kampung. Dengan asas yang kukuh bersedialah kita menerobos gelangang persaingan lebih sengit. Dan apabila melayu itu berjaya sebagai global player maka barulah melayu itu diiktiraf sebagai bangsa yang perkasa.. Ingat tingginya martabat melayu itu bermakna tingginya martabat islam....

No comments:

Post a Comment