Tuesday, December 23, 2008

GPMS Agen Penyatuan Melayu di Kampus

1.Kewujudan cawangan khas GPMS semakin diiktiraf.Buktinya hampir semua pembahas yang mewakili perwakilan negeri pada Persidangan Agung Tahunan (PAT)GPMS ke 54 yang lalu menyentuh berkenaan dengan cawangan khas.

2.Antara yang disentuh termasuklah fungsi dan peranan cawangan khas GPMS, ahli GPMS sebagai role model di kampus, pewaris kepimpinan GPMS pada masa akan datang dan lain - lain lagi yang nyata menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkasa cawangan khas GPMS.

3.Janganlah kiranya kepercayaan dan sokongan yang diberi itu membuatkan kita berasa bangga dan lupa.

4.Cawangan khas GPMS seharusnya menjadi medium penyatuan umat melayu yang beragama islam di kampus.

5.Janganlah hendaknya GPMS ini menjadi entiti politik yang ternyata memecahbelah umat melayu di dalam dan luar kampus. Sememangnya GPMS menyokong kerajaan selagi kerajaan menjaga kepentingan orang melayu.Mungkin di satu masa ada parti lain selain BN yang membentuk kerajaan, sokongan terhadap kerajaan akan diteruskan selagi mana ia menjaga kepentingan melayu.

6.Hanya dengan bersatu kita akan kuat. Bila kita kuat kita akan dihormati (tak perlu ditakuti).

7. Sedarlah orang melayu masih ketinggalan dalam pendidikan. Pada zahirnya orang melayu sudah merdeka. Hakikatnya minda orang melayu masih terjajah hinggakan begitu taksub dan percaya dengan karut marut melayu mewarisi sifat lemah dan bodoh.

8. Hanya dengan pendidikan dapat memerdeka minda melayu. Minda melayu yang merdeka sentiasa berfikir setiap manusia diberi peluang oleh allah untuk berjaya hingga infiniti dan tiada limit.Bykan hanya bangsa tertentu sahaja boleh berjaya.

9.Peranan memerdeka minda melayu itu jatuh hukum wajib atas kita. Jika kita tak buat berdosa kerana biar umat melayu terjajah mindanya dan jahil.

10.Sebab itu kita kena sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa melayu itu terletak di tangan kita sendiri sebagai orang melayu.

No comments:

Post a Comment