Thursday, October 9, 2008

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?

Seperti biasa saya memulakan hari dengan membaca akhbar secara online. Namun saya agak terkejut dengan sebuah laporan di dalam harakah..

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17274&Itemid=50)

Saya sebagai barisan kepimpinan GPMS UiTM sendiri pun tidak mengetahui cerita ini tapi orang lain pulak yang pandai - pandai buat cerita. Andai kata berita ini benar, maka kami GPMS UiTM lah yang akan membantah agenda tersebut..

Fungsi GPMS di kampus bukan sebagai parti politik tetapi lebih kepada menerapkan agenda perjuangan kepada warga kampus untuk meninggikan darjat bangsa melalui pendidikan. Politik partisan telah terbukti memecah belahkan kaum melayu. kami tidak mahu tragedi perpecahan melayu terjadi diluar kampus turut dibawa ke dalam kampus..

Benar GPMS terlibat dengan PRK namun demikian kami lebih berfungsi sebagai penyokong aspirasi kerana mendokong aspirasi universiti adalah tanggungjawab seluruh warga kampus. Biarlah GPMS hanya bertindak sebagai tangan2 yang berkerja yang tidak dilihat dalam PRK tanpa perlu menggunakan nama GPMS sebagai Parti yang bertanding.

Kepada mahasiswa yang terlibat dalam PRK nanti. Berpolitiklah dengan matang..

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
Intan Abdullah
Thu | Oct 09, 08 | 3:46:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.

Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.

Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.

Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.

Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.

Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti. - mks._

No comments:

Post a Comment