Inilah kekhuatiran yang timbul apabila kita bercakap mengenai bangsa. Ungkapan lain yang begitu sinonim apabila memperkatakan mengenai bangsa adalah assabiyah. Tapi apakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan assabiyah tersebut.
ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.
Kerapkali timbul pandangan bahawa GPMS adalah pertubuhan yang assabiyah. Sebenarnya pandangan ini tidak benar sama sekali. GPMS adalah satu gerakan yang bercita - cita untuk membela bangsa melayu melalui medium pendidikan. Tidak wujud dalam falsafah gerakan GPMS untuk memusuhi atau menginaya bangsa lain.Gerakan ini dibuat demi kasih sayang kepada bangsa sendiri untuk memastikan bangsa melayu ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa - bangsa lain supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pembanguan negara dan dunia.
Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.
Lagi pula bangsa melayu bukanlah seperti bangsa lain. Perjuangan bangsa lain seperti yahudi dan bangsa - bangsa eropah memang berteras kepada perjuangan assabiyah. Contohnya yahudi, mereka berangapan bahawa mereka adalah bangsa pilihan tuhan. Adalah tidak salah bagi mereka untuk menginaya bangsa lain kerana bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.
Bagi orang melayu pula ianya sesuatu yang berbeza. Bangsa melayu adalah bngsa yang berteraskan islam dalam aspek budaya dan cara hidup.. Mungkin tuan - tuan pernah mendengar pepatah minagkabau:
“Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah”
Wujudnya pepatah ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan bangsa melayu itu dengan islam. Dalam perlembagaan sendiri menyatakan salah satu syarat melayu itu adalah islam. Oleh itu usahlah kita berkelahi lagi mengenai antara perjuangan melayu dan perjuangan islam kerana ianya tidak menguntungkan melayu dan islam..
Melayu kan gagah di nusantara, ISLAM kan gagah menyelamatkan dunia..
Thursday, October 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment