Friday, September 26, 2008

Perutusan Hari Raya GPMS UiTM



1.Menjelang Syawal yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, kami GPMS UiTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya kami ada melakukan kesalahan dan kesilapan dan kami juga sedia untuk memaafkan sekiranya sahabat2 yang mungkin melakukan kesalahan ataupun kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak.. Bersama kita menghayati kemuliaan syawal..

2. Selari dengan kemuliaan syawal yang bakal menjelang,kami menyeru seluruh umat melayu islam agar kembali bersatu selari dengan budaya menziarahi dan bermaafan di bulan syawal. Maaf yang dipohon dan diberi janganlah hanya dimulut dan mestilah datang dari hati yang ikhlas.

3. Hilangkan persengketaan kita akibat politik, hilangkan persengketaan kita akibat jawatan, hilangkan persengketaan kita kerana nama dan hilangkanlah semua persengketaan kita. Bersamalah kita membentuk kesatuan.

4. Asas kesatuan yang kukuh inilah yang dapat menjamin kekuatan umat melayu islam bukan hanya di Malaysia tetapi juga di persada dunia.Maka dengan kekuatan inilah umat melayu dan islam di Malaysia tidak lagi dipandang rendah dan dipermain - mainkan.

5. Kepada mahasiswa, lihat dan fikirlah apa yang terjadi kini. Hari ini kita disajikan dengan pertelingkahan pemimpin - pemimpin melayu (rakyat biasa hanya mengikut) sehingga membawa kepada kerendahan martabat umat melayu islam. Fikirlah dan hanya jangan sekadar melihat. Ambillah pengajaran. Kelak apabila tiba giliran kita janganlah dilakukan perkara yang sama. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Jika kita gagal belajar daripada sejarah, mungkin apabila kita bergerak ke hadapan tanpa kita sedari sebenarnya kita mengundur ke belakang dan mengulangi kesilapan yang sama ..

6. Aktivis mahasaiswa melayu islam usahlah kita pun turut dipecahkan dengan politik dan kuasa. Atas nama kemuliaan agama islam marilah kita bersatu. Di bulan syawal yang mulia ini bersedialah untuk kita meminta maaf (terlalu banyak kebohongan dan fitnah yang dilempar tanpa disedari) dan memberi maaf (mungkin kita tidak tahu terdapat sahabat kita yang mempunyai kesalahan pada kita). Lihatlah persamaan dan ketepikan perbezaan.

Kami mengharapkan agar syawal yang bakal dilalui dapat menjadi titik permulaan yang terbaik untuk disatukan seluruh umat melayu islam untuk memulakan satu gelombang baru kekuatan umat MELAYU ISLAM.. INSYAALLAH..

Mohd Abd Rauf B Tumiran
Yang Dipertua
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Cawangan Khas UiTM Malaysia..

No comments:

Post a Comment