Saya ingin mengulas berita utama dalam akhbar Berita Harian Isnin 9 Jun 2008 yang bertajuk "RM800j lagi untuk subsidi:
Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9 dikurang" .Antara lain laporan tersebut menyatakan:
-Kerajaan mengurangkan RM800 juta peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bagi menampung beban membiayai pelbagai subsidi yang diberikan untuk rakyat.
-Pengurangan peruntukan itu dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kerajaan memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.
-Sebahagian besar peruntukan yang dipotong itu membabitkan pembiayaan bagi pelbagai projek pembangunan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
EPU mendapati ada sesetengah projek di bawah kementerian yang tidak dapat diteruskan antara lain kerana tidak berdaya maju, kosnya meningkat malah mungkin tidak diperlukan.
Mengulas isu ini saya ingin menyatakan pandangan :
- Tidak adakah perancangan yang teliti dibuat oleh KPT dalam merancana RMK9 sehinggakan ada projek yang dikategorikan tidak diperlukan oleh EPU. Sekiranya tiada kenaikan kos bahan api dan tiada pemotongan oleh EPU adakah projek yang dikategorikan tidak diperlukan ini diteruskan.
- Projek KPT dalam RMK9 adalah bersifat jangka masa panjang sedangkan pemberian subsidi makanan adalah untuk jangka masa pendek. Adakah kerajaan hanya memikirkan jangka masa pendek.
- Harga minyak akan terus naik. Selepas ini kementerian mana pula akan jadi mangsa. Mungkinkah kementerian Pelajaran.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment