Pernahkan sahabat – sahabat ketahui bahawa sebelum kemasukan islam ke nusantara istilah orang melayu tidak pernah digunakan. Bangsa melayu tidak pernah dikenali.Yang ada hanyalah kerajaan srivijaya, majapahit, acheh dan lain – lain. Setelah kedatangan islam wilayah nusantara ini dikenali sebagai wilayah orang melayu. Islam telah mempersatukan orang – orang melayu. Tiada lagi istilah orang jawa, bugis, acheh, palembang dan lain – lain. Semuanya bersepakat menggunakan istilah orang melayu (kecuali etnik – etnik yang tidak menerima islam ). Kemuncak kegemilangan adalah Kerajaan Melayu Melaka dimana ketika itu bahasa melayu menjadi ‘lingua franca’.
Sejarah membuktikan bahawa islam mampu untuk menjadi medium penyatuan orang – orang melayu. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Dalam saat perpecahan orang melayu dek kerana fahaman politik mengapa kita tidak mengulangi sejarah mempersatukan orang – orang melayu dengan menggunakan medium islam.Islam tidak boleh hanya dilihat sebagai ideologi parti politik tertentu. Parti politik tertentu tidak wajar untuk menganggap bahawa hanya merekalah sahaja yang mengamalkan islam yang sebenar.
Islam merupakan asas kepada semua insan yang berbangsa melayu. Akhlak orang melayu itu tidak ada bezanya dengan akhlak seorang islam. Asas islam yang hendak dijadikan asas penyatuan itu haruslah merangkumi akidah, syariah dan akhlak dan bukanya fahaman mazhab yang sempit ataupun dalam konteks ritual semata – mata.
Ayuhlah kita bersama – sama mempersaudarakan kembali orang - orang melayu atas dasar akidah yang sama. Inilah yang akan menjadi asas kekuatan orang – orang melayu. Dalam konteks universiti pula tidak perlulah kita bergaduh hanya kerana fahaman politik yang berbeza sedangkan bangsa lain ketawa melihat perpecahan sesama kita.
Melayu kan gagah di nusantara....
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment