Sunday, September 19, 2010

Sape nak bela nasib mereka...

500 mahasiswa Melayu cemerlang mungkin pulang

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?

"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Datuk Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya.

Sumber: Utusan Online - 20 SEPT 2010

Sunday, June 13, 2010

Peluang besar...


"Seketika di majlis ilmu lebih baik dari solat sunat seribu rakaat..."

Saya nak tanya kawan - kawan,Adakah antara kita yang mampu solat sunat secara berterusan seribu rakat. Kalau saya sediri pun saya mengaku tak upaya nak buat.Solat tarawih pun dah berpeluh..

Kalau dah tau tak mampu marilah kita rebut peluang yang allah bagi. Duduk di majlis ilmu.Kat sini saya nak sentuh berkenaan ilmu agama. Ramai antara kita yang masih jahil dalam bab2 agama. Walaupun kita diampunkan akibat jahil, harus diingat kita tetap wajib menuntut ilmu. Kalau kita tak perbaiki kita punya kejahilan dosalah jawabnya dan nerakalah tempatnya.

Saya nak ajak kawan2 dan diri saya sendiri luangkanlah sedikit masa kita untuk menuntut ilmu agama. Kalau tak dapat setiap hari seminggu sekli jadilah. Kalau kita boleh luangkan masa seminngu sekali tengok wayang dan main futsal nape tidak untuk duduk kejap kat masjid untuk majlis ilmu. Tak lame pun. Lebih kurang sejam je..

Sekarang ni terutamanya kat bandar macam - macam jenis kuliah ade. Setiap masjid ada perancangn sendiri. Guru2 pun hebat2..Kita boleh pilih mana yang kita nak pegi. Sekalipun kita tak paham apa yang disampaikan, tapi ketenangan hati dari majlis ilmu itu pun kita boleh rasa.Kalau tak percaya cubalah sendiri..

Dalam sibuk kita mengejar kehidupan dunia yang sementara jangan kita lupa kehidupan akhirat yang kekal selamanya..

Monday, May 31, 2010

Dah habis.....




Setelah 4 tahun berhempas pulas mengharungi seribu satu dugaan (campur diploma 7 tahun), akhirnya habis jugak pengajian dalam ijazah. Walaupun ade kawan - kawan yang cakap lame sangat tempoh aku belajar tu, tapi aku puas terlalu banyak ilmu yang aku dapat. Ilmu yang aku dapat bukan hanya di bilik kuliah, tapi pengalaman - pengalaman yang pahit, manis, masam, payau dan macam2 lagi rasa menjadikan aku seorang yang kaya ilmu. Walaupun aku kaya ilmu semangat belajar terus belajar kekal bersemarak hingga ke akhir hayat insyaallah.

Buat rakan - rakan sepengajian, aku ucapkan selamat maju jaya. Jadilah pendidik yang tabah dan sabar dalam mengemudi dunia pendidikan yang kian mencabar.Dan jangan lupa pulak kalau dah bertemu jodoh nanti jemput lah ye..

Buat sahabat2 dalam GPMS UiTM, terima kasih kerana menjadi teman dan kawan dalam semua keadaan terutama kepada alumni dan senior yang banjar beri ilmu dan tunjuk ajar. Semoga kita semua terus kekal dalam perjuangan memartabat pendidikan bangsa. Di UiTM kita baru diperkenalkan dengan perjuangan, diluarlah tempat kita betul - betul berjuang..Jangan undur walau selangkah..

LAME TAK UPDATE

Lepas 5 bulan baru da kesempatan nak update blog..Bukan tak ade masa, tapi mood nak jenguk blog ni jatuh merudum dek penangan projek tahun akhir (padahal bukan sibuk sangat pun)..Insyaallah lepas ni saya akan rajin - rajin update blog ni..jumpa laian masa..