Alhamdulillah baru – baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi blog – blog untuk mengetahui perkembangan semasa negara dari pelbagai sudut. Jelas sekali gegaran susulan selepas tsunami politik pada 8 Mac lalu masih dirasai. “Blame game” terus menjadi topik utama dengan jalan penyelesaian masih kabur. Saya juga berkesempatan untuk mengunjungi blog – blog aktivis mahasiswa untuk mengetahui perkembangan kampus seluruh negara. Kecewa. Itulah luahan hati saya. Tempias gegaran tsunami politik turut dirasai oleh aktivis mahasiswa. Blog – blog dipenuhi dengan kupasan mengenai pilihanraya umum. Tidak kurang juga yang menjadi burung kakak tua yang hanya mengikut apa yang diperkatakan pihak lain. Kalau adapun isu kampus yang dikupas adalah isu pemansuhan AUKU yang tidak pernah selesai. Adakah kampus – kampus seluruh Negara tidak mempunyai isu untuk dibincangkan. Bagaimana halnya dengan mahasiswa lesu, pinjaman PTPTN, peningkatan kos sara hidup, penganguran dan lain – lain lagi isu yang menuntut jaln penyelesaian.
Kesempatan yang ada ini saya ingin mengajak aktivis mahasiswa untuk lebih fokus kepada peranan yang boleh mereka mainkan di kampus masing – masing. Saya tidak melarang mahasiswa untuk terlibat dengan isu nasional tetapi cukuplah sekadar hanya ambil tahu kerana masa akan tiba untuk kita menjadi pemainya. Adalah lebih bagus sekiranya aktivis mahasiswa mencari jalan penyelesaian dan bertindak terhadap isu – isu semasa kampus kerana ianya lebih mendatangkan kebaikan daripada melakukan perkara yang sia – sia dan tidak mendatangkan manfaat.
MOHD ABD RAUF TUMIRAN
YDP GPMS UiTM MALAYSIA
012 7421172
Sunday, April 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment