Tuesday, December 23, 2008

GPMS Agen Penyatuan Melayu di Kampus

1.Kewujudan cawangan khas GPMS semakin diiktiraf.Buktinya hampir semua pembahas yang mewakili perwakilan negeri pada Persidangan Agung Tahunan (PAT)GPMS ke 54 yang lalu menyentuh berkenaan dengan cawangan khas.

2.Antara yang disentuh termasuklah fungsi dan peranan cawangan khas GPMS, ahli GPMS sebagai role model di kampus, pewaris kepimpinan GPMS pada masa akan datang dan lain - lain lagi yang nyata menunjukkan sokongan terhadap usaha memperkasa cawangan khas GPMS.

3.Janganlah kiranya kepercayaan dan sokongan yang diberi itu membuatkan kita berasa bangga dan lupa.

4.Cawangan khas GPMS seharusnya menjadi medium penyatuan umat melayu yang beragama islam di kampus.

5.Janganlah hendaknya GPMS ini menjadi entiti politik yang ternyata memecahbelah umat melayu di dalam dan luar kampus. Sememangnya GPMS menyokong kerajaan selagi kerajaan menjaga kepentingan orang melayu.Mungkin di satu masa ada parti lain selain BN yang membentuk kerajaan, sokongan terhadap kerajaan akan diteruskan selagi mana ia menjaga kepentingan melayu.

6.Hanya dengan bersatu kita akan kuat. Bila kita kuat kita akan dihormati (tak perlu ditakuti).

7. Sedarlah orang melayu masih ketinggalan dalam pendidikan. Pada zahirnya orang melayu sudah merdeka. Hakikatnya minda orang melayu masih terjajah hinggakan begitu taksub dan percaya dengan karut marut melayu mewarisi sifat lemah dan bodoh.

8. Hanya dengan pendidikan dapat memerdeka minda melayu. Minda melayu yang merdeka sentiasa berfikir setiap manusia diberi peluang oleh allah untuk berjaya hingga infiniti dan tiada limit.Bykan hanya bangsa tertentu sahaja boleh berjaya.

9.Peranan memerdeka minda melayu itu jatuh hukum wajib atas kita. Jika kita tak buat berdosa kerana biar umat melayu terjajah mindanya dan jahil.

10.Sebab itu kita kena sedar bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa melayu itu terletak di tangan kita sendiri sebagai orang melayu.

Wednesday, December 17, 2008

Lampu hijau kepada pembangkang jumpa mahasiswa

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 11 Disember telah membentangkan cadangan pindaan AUKU di parlimen dan telah dibahaskan oleh para ahli yang berhormat. Perkara yang betul - betul menarik perhatian saya adalah ahli politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang dibenarkan masuk ke kampus untuk menyertai perbincangan akademik.

Pemimpin pembangkang bukanlah hanya dari kalangan ustaz - ustaz sahaja. Mereka ni datang dari pelbagai latar belakang profesion termasuk jurutera, doktor, peguam, dan pelbagai lagi bidang profesional.Ilmu dan pengalaman yang mereka ada sudah barang tentu berbeza dengan orang lain dan mungkin tak mampu diberi oleh pensyarah. Amatlah elok kalau mereka ni berkongsi ilmu yang mereka ada kepada mahasiswa. Lagipun mereka dulupun belajar guna duit rakyat jugak sama ade belajar kat dalam atau kat luar negara.

Cuma saya pohon kepada pentadbiran universiti lebih terbuka. Janganlah pandang latar belakang politik sahaja.Utamakan kepakaran yang mereka ada untuk dikongsi kerana ilmu tu kan lagi bagus disebar - sebarkan. Barulah ilmu yang mahasiswa time kat universiti dapat bertambah nilai dan kualitinya.

Pemimpin parti pembangkang pulak peluang yang ada gunalah untuk samapaikan ilmu yang anda ada. Jangan nak sembang politik je. Jangan guna peluang yang ada untuk tarik undi pulak. Jangan pulak dikemudian hari ade pulak laporan pemimpin pembangkang buat kempen pilihanyraya.Takmau la macam tu kan.

Thursday, December 4, 2008

Menyalah Fahami Hak..

Ramai orang melayu mempunyai tangapan salah terhadap Hak Istimewa orang Melayu. Ada yang mengatakan bahawa hak istimewa inilah yang akan melindungi dan menyebabkan orang melayu ini berjaya. Tanpa hak istimewa ini, orang melayu takkan kemana. Hanya duduk di kampung - kampung menoreh getah dan menangkap ikan di laut..

Ada satu golongan lagi begitu sombong. Mereka berangapan bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada hak istimewa orang melayu. Mereka percaya bahawa mereka sudah cukup kuat untuk bersaing secara terbuka. Mereka inilah yang bersekongkol dengan bangsa lain melenyapkan hak istimewa orang melayu.

Sebenarnya hak hanyalah sekadar peluang. ia bukanlah tempat bergantung sepenuhnya. Orang melayu boleh berjaya dengan hak istimewa ini ataupun tanpanya.Sebagai contoh dalam perniagaan orang melayu diberi beberapa skim bantuan yang khusus untuk mereka. Peluang diberi kerana sememangnya orang melayu baru sahaja memulakan perniagaan dan membuka ruang kepada mereka bersaing dengan bangsa yang sememangnya sudah mewarisi empayar perniagaan yang sarat dengan modal dan pengalaman. Namun begitu kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada usaha dan kecekalan usahawan tersebut dan bukan sepenuhnya pada hak..

Bagi orang melayu yang tak memerlukan hak istimewa ini janganlah bakar jambatan yang orang lain nak pakai.. Ingat bukan semua orang mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang sama. Ramai orang melayu yang masih memerlukan peluang..

Orang Melayu Takkan Berjaya Menjadi Global Player jika Hanya bergantung pada Hak Istimewa..

Ungkapan ini ada benarnya. Hak istimewa hanyalah peluang kepada orang melayu untuk membina asas. Untuk menjadi global player memang tiada hak istimewa. Orang melayu jangan hanya menjadi local player yang bergantung sepenuhnya pada hak.. jangan jadi jaguh kampung. Dengan asas yang kukuh bersedialah kita menerobos gelangang persaingan lebih sengit. Dan apabila melayu itu berjaya sebagai global player maka barulah melayu itu diiktiraf sebagai bangsa yang perkasa.. Ingat tingginya martabat melayu itu bermakna tingginya martabat islam....

Tuesday, November 11, 2008

Sajak Kematian : Menteri Arah Henti

Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat kenyataan bahawa penayangan video sajak kematian di sekolah mesti dihentikan. Alasan yang dikemukakan adalah ia menimbulkan ketakukan di kalangan kanak - kanak pada umur yang tidak sepatutnya.

Dalam kaedah pembelajaran, salah satu kaedah yang biasa digunakan adalah behaviorism. Fokus kaedah ini digunakan adalah pembentukan sikap. Sememangnya guru memainkan peranan yang penting untuk pembentukan sikap pelajar selain ibu bapa.

Berbalik pada iu sajak kematian, adakah ianya sesuai ditayangkan kepada kanak - kanak. Bagi saya kanak - kanak lah yang mendapat kesan paling efektif melalui tayangan ini.Ianya sangat baik (selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama. setakat ini tiada ulasan dari pakar agama). Isu fobia dan takut tak timbul kerana sememangnya ketakutan adalah antara senjata behaviorism. Dan sebab itulah disekolah adanya kaedah hukuman dan denda supaya pelajar takut untuk buat salah.

Bimbingan guru amat penting semasa tayangan ini supaya kanak - kanak tidak hanya menfokus pada imej mayat (pocong) untuk ditakuti, tapi lebih kepada pengajaranya. Ketakutan ini akan mendorong pelajar untuk mentaati perintah agama. Apabila sikap ketaatan pada agama ini terbentuk maka ia akan memberi kesan dengan pengamalan sikap positif di kalangan pelajar.Tidakkah itu satu perkara yang baik.

Bersama kita fikirkan..

Tuesday, November 4, 2008

Wahai mahasiswa - mahasiswa melayu & Islam, mari kita renung sejenak...

Kita kerapkali melihat kesalahan orang lain, tetapi cuba kita bermuhasabah sebentar...

1.Pertamanya. Kita sedar pentingnya ekonomi melayu dan islam itu diperkasakan. Tapi sejauh manakah kita menyokong usahawan melayu dan islam.Kemana pergi duit - duit kita. Adakah kerana berbeza seringgit kita memilih kedai - kedai bukan melayu dan islam..

2. Yang keduanya.Kita tahu betapa pentingnya pendidikan kepada orang - orang melayu. Tak perlu berbicara lebih jauh. Sejauh mana kita membimbing adik - adik kita sendiri ataupun saudara terdekat.. Adakah mereka bermotivasi untuk belajar..

3. Yang ketiganya. Kita tahu masjid mempunyai peranan yang culup besar dalam perpaduan ummah.. Tapi adakah kita orang yang bersama - sama mengimarahkan masjid.Kita marah orang bukan islam minta agar memperlahan atau tidak memasang pembesar suara untuk kuliah - kuliah. Tapi rajinkah kita ke masjid untuk mendengar kuliah - kuliah agama..

4.Kita marah ahli politik melayu dan islam bertelagah sesama sendiri. Tapi adakah kita mahasiswa melayu dan islam bersatu.Adakah kerana hanya berbeza negeri dan juga persatuan kita mahu bermusuh.Hanya kerana anugerah persatuan terbaik sanggup kita berpecah belah..

5.Kita sering marahkan pemimpin melayu tidak berkualiti. Tetapi bagaimanakah persediaan kita untuk menjadi pemimpin melayu yang berkualiti. Takkan kita nak harapkan orang lain sahaja yang jadi pemimpin..Kita hanya jadi pengkritik tetap.

6.Kita salahkan pemimpin tak buat apa - apa untuk membantu agama & bangsa.. Tapi apa yang kita buat untuk bantu agama dan bangsa.Cakap senanglah.. Sekurang - kuranglah dengan platform mahasiswa kita buatlah program yang bermanfaat. Dan lebih penting kitalah yang jadi pengarah atu tonggaknya dan bukan harap orang lain buat..

Kesimpulanya: Siapa yang bising - bisingtu boleh lah fikir dan muhasabah sendiri..

Thursday, October 23, 2008

Ingin Jadi Yahudi

Inilah kekhuatiran yang timbul apabila kita bercakap mengenai bangsa. Ungkapan lain yang begitu sinonim apabila memperkatakan mengenai bangsa adalah assabiyah. Tapi apakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan assabiyah tersebut.

ASABIYAH ialah satu perkataan Arab yang membawa maksud puak keturunan atau suku kaum yang berasal daripada rumpun yang sama. Bagi masyarakat Arab, ia juga disebut sebagai kabilah atau asyirah. Perkataan taksub atau fanatik itu berasal daripada perkataan asabiyah yang membawa erti seruan seseorang supaya disokong puak keturunannya, atau mempertahankan kelompok mereka walaupun nyata kelompok mereka itu melakukan kesalahan dan kezaliman.


Kerapkali timbul pandangan bahawa GPMS adalah pertubuhan yang assabiyah. Sebenarnya pandangan ini tidak benar sama sekali. GPMS adalah satu gerakan yang bercita - cita untuk membela bangsa melayu melalui medium pendidikan. Tidak wujud dalam falsafah gerakan GPMS untuk memusuhi atau menginaya bangsa lain.Gerakan ini dibuat demi kasih sayang kepada bangsa sendiri untuk memastikan bangsa melayu ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa - bangsa lain supaya kita tidak ketinggalan dalam arus pembanguan negara dan dunia.

Telah bertanya seorang lelaki: Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman.

Lagi pula bangsa melayu bukanlah seperti bangsa lain. Perjuangan bangsa lain seperti yahudi dan bangsa - bangsa eropah memang berteras kepada perjuangan assabiyah. Contohnya yahudi, mereka berangapan bahawa mereka adalah bangsa pilihan tuhan. Adalah tidak salah bagi mereka untuk menginaya bangsa lain kerana bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

Bagi orang melayu pula ianya sesuatu yang berbeza. Bangsa melayu adalah bngsa yang berteraskan islam dalam aspek budaya dan cara hidup.. Mungkin tuan - tuan pernah mendengar pepatah minagkabau:

“Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah”

Wujudnya pepatah ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan bangsa melayu itu dengan islam. Dalam perlembagaan sendiri menyatakan salah satu syarat melayu itu adalah islam. Oleh itu usahlah kita berkelahi lagi mengenai antara perjuangan melayu dan perjuangan islam kerana ianya tidak menguntungkan melayu dan islam..

Melayu kan gagah di nusantara, ISLAM kan gagah menyelamatkan dunia..

Monday, October 20, 2008

Poltik Islam

Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan yang sangat berbeza.Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka yang bertukar-tukar cakap dan prinsipnya.

S.S.Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis

Teks tersebut merupakan sebahagian daripada tulisan Dr Asri bertajuk "Membela Kebenaran Adalah Tanggungjawab Perjuangan". Teruskan keseluruhan tulisan...