Tuesday, August 19, 2008

Penerangan Isu UiTM

Disebalik kekecewaan terhadap cadangan Menteri Besar Selangor untuk membuka 10% kemasukan ke UiTM kepada pelajar bukan bumiputera, kami sebenarnya lebih kecewa terhadap sikap yang ditunjukkan orang - orang melayu yang menyokong cadangan tersebut. Tanpa mengetahui matlamat penubuhan UiTM kami pelajar UiTM telah dilanyak tanpa belas kasihan. Lebih menyedihkan isu ini telah digunakan untuk kepentingan politik pihak - pihak tertentu. Pihak GPMS UiTM telah membuat kata sepakat bersama Majlis Perwakilan Pelajar untuk memberi penerangan mengenai UiTM. Namun demikian penerangan tersebut hanya akan dibuat selepas pilihanraya kecil permatang pauh untuk menggelakkan isu ini dianggap sebagai permainan politik.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

Monday, August 11, 2008

GPMS UiTM BANTAH CADANGAN BUKA UITM KEPADA KAUM LAIN

GPMS UiTM membantah sekeras-kerasnya sebarang pandangan, cadangan
dan juga usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam UiTM. Sebarang
usaha untuk menjadikan UiTM sebagai mangsa berikutnya kepada apa
yang disebut sebagai `toleransi', seperti yang telah dilakukan
kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh
(SBP) dan juga biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan
ditentang habis-habisan.

UiTM merupakan institut pengajian tinggi yang dikhususkan kepada
kaum bumiputera terutamanya kaum Melayu dan kenyataan ini harus
dipertahankan sampai bila-bila, tidak kira apa jua zaman dan siapa
pun parti yang memerintah.

Ditubuhkan sejak sebelum merdeka, UiTM telah melalui sejarah panjang
yang menyingkap pengorbanan dan perjuangan bangsa Melayu dan
mempunyai simbolik yang cukup signifikan kepada orang Melayu. Usaha
untuk membawa masuk kaum bukan bumiputera ke UiTM jelas mencabar
maruah kepertuanan orang Melayu dan dikhuatiri boleh mengganggugugat
keseimbangan perhubungan antara kaum Negara ini.

Keseimbangan sosial di Negara ini banyak bergantung kepada
keseimbangan ekonomi dan kuasa ekonomi pula berhubungan secara
langsung dengan aspek pendidikan. Sasaran untuk menyeimbangkan
peratusan pecahan ekonomi di Negara ini dapat dicapai dengan
memberikan lebih peluang pendidikan kepada kaum bumiputera dan bukan
mengurangkannya seperti yang telah dilakukan kepada biasiswa JPA dan
yang ingin dilakukakan kepada UiTM. Entiti UiTM yang menyediakan
seratus peratus kuota kepada kaum bumiputera tidak wajar
dipersoalkan sama sekali memandangkan terdapat lebih 19 IPTA(selain UiTM) dan beratus buah
IPTS yang menyediakan peluang pendidikan kepada kaum bukan
bumiputera(kurang daripada 30% pelajar di IPTS adalah bumiputera).

Sejak awal penubuhannya, UiTM telah menghasilkan ratusan ribu
graduan Melayu yang telah pun berasimilasi dengan sektor pekerjaan,
tidak kira sektor awam mahupun swasta. Namun, jarang sekali
kedengaran graduan UiTM tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam
pekerjaan yang melibatkan semua kaum. Malah, hakikat bahawa graduan
UiTM mempunyai permintan yang tinggi daripada sektor pekerjaan
begitu diakui ramai. Justeru kenyatan segelintir pihak yang mahu
UiTM dibuka kepada kaum lain dengan alasan untuk memastikan pelajar
UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di Negara ini sama
sekali tidak boleh diterima.

UiTM merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan martabat bangsa
dan benteng itu seharusnya dipertahankan sampai bila-bila oleh semua
pihak. Sebarang usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam kilang
pengeluar utama professional Melayu ini haruslah dihentikan sama
sekali.

MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA!

AHMAD THIBRI MASHRI
KETUA PENERANGAN
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
CAWANGAN KHAS UITM MALAYSIA

Sunday, August 10, 2008

UiTM Dibuka kepada Bukan Bumiputera ????

Mengulas kenyataan menteri besar selangor yang mahu UiTM memberi 10% tempat kepada bukan bumiputera.(Sinar Harian, 11 Ogos 08- N2). Persoalan dibawah harus difikirkan ..

1. Mengapa mesti orang melayu sendiri yang memberi jalan kapada kaum lain untuk belajar di UiTM tanpa ada suara terbuka dari kaum lain untuk tujuan tersebut.

2. Adakah ianya benar untuk tujuan persaingan yang sihat ataupun ianya hanyalah kenyataan yang menguntungkan politik pihak tertentu.

3.Apakah ianya satu lagi langkah untuk cuba mengusik orang melayu setelah beberapa isu terdahulu (Kuasa raja - raja melayu, ternakan babi secara komersil di selangor, Biasiswa JPA, Perbincangan semula kontrak sosial, forum memeluk islam)

Monday, August 4, 2008

Salam Penghargaan

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Minggu Penghayatan GPMS yang telah berlangsung 26 Julai - 31 Julai 2008 di UiTM. Hanya allah yang mampu menilai usaha yang dilakukan dan hanya allah yang mampu membalasnya. Bersama menghayati GPMS sempena ulang tahun GPMS ke 60...

Mohd Abd Rauf B Tumiran
YDP GPMS UiTM

Saturday, July 12, 2008

GPMS UiTM Sebagai Stakeholder Pembangunan UiTM

UiTM adalah institusi yang begitu penting untuk meramaikan lagi bilangan profesional di kalangan orang melayu. UiTM mengharapkan dengan pertambahan bilangan profesional di kalangan orang melayu dan bumiputera ini dapat meningkatkan martabat orang melayu.

GPMS UiTM adalah stakeholder (pihak yang mempunyai kepentingan/memain peranan) untuk UiTM mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pada masa UiTM menekankan aspek akademik kepada pelajarnya GPMS UiTM pula memberi penerapan mengenai semangat perjuangan yang wajib ada pada setiap anak melayu. UiTM dan GPMS UitM bergerak selari dalam merealisasikan matlamat untuk melahirkan profesional melayu yang membawa agenda melayu.

GPMS UiTM menfokus kepada elemen kepimpinan (kepada kumpulan sasaran mahasiswa) melalui program yang berbentuk khidmad masyarakat, kerohanian, pendedahan politik matang, aktiviti lasak, penerapan intelektual dan pemikiran kritikal. Pada masa yang sama ianya realistik dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang mempunyai tanggungjawab akademik. Hasil yang diinginkan adalah melahirkan pemimpin profesional yang bijak mencorakkan politik bukanya pemimpin yang menjadi hamba kepada politik.

Namun demikian kami juga tidak mengabaikan aspek kosmetik seperti publisiti namun ianya adalah mengikut keutamaan.

Melayu Kan Gagah di Nusantara

Monday, June 9, 2008

Kenapa Potong Peruntukan KPT

Saya ingin mengulas berita utama dalam akhbar Berita Harian Isnin 9 Jun 2008 yang bertajuk "RM800j lagi untuk subsidi:
Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah RMK-9 dikurang" .Antara lain laporan tersebut menyatakan:

-Kerajaan mengurangkan RM800 juta peruntukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bagi menampung beban membiayai pelbagai subsidi yang diberikan untuk rakyat.

-Pengurangan peruntukan itu dibuat Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kerajaan memerlukan dana yang besar untuk subsidi, khususnya makanan.

-Sebahagian besar peruntukan yang dipotong itu membabitkan pembiayaan bagi pelbagai projek pembangunan untuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
EPU mendapati ada sesetengah projek di bawah kementerian yang tidak dapat diteruskan antara lain kerana tidak berdaya maju, kosnya meningkat malah mungkin tidak diperlukan.

Mengulas isu ini saya ingin menyatakan pandangan :

- Tidak adakah perancangan yang teliti dibuat oleh KPT dalam merancana RMK9 sehinggakan ada projek yang dikategorikan tidak diperlukan oleh EPU. Sekiranya tiada kenaikan kos bahan api dan tiada pemotongan oleh EPU adakah projek yang dikategorikan tidak diperlukan ini diteruskan.

- Projek KPT dalam RMK9 adalah bersifat jangka masa panjang sedangkan pemberian subsidi makanan adalah untuk jangka masa pendek. Adakah kerajaan hanya memikirkan jangka masa pendek.

- Harga minyak akan terus naik. Selepas ini kementerian mana pula akan jadi mangsa. Mungkinkah kementerian Pelajaran.

Thursday, May 29, 2008

Wahai Budak - budak Melayu takkan Diam Je Kot

Bila cerita pasal politik semua orang nak jadi hero. Tapi bila hak orang melayu diambil sedikit - sedikit semua orang diam je. Cerita ezam masuk UMNO lagi dapat perhatian dari cerita hak biasiswa JPA oran melayu yang diambil orang.Di saat kita berpecah belah macam - macam pulak yang si penjajah tu dapat.

Sahabat - sahabat ku marilah kita berfikir pasal masa depan. Isu yang saya cuba bawa ini adalah berkaitan masa depan orang melayu. Pasal politik biarlah player sekarang yang uruskan. Pandai la diorang nak selesaikan. Jangan lupa politik boleh berubah bila - bila masa je berdasarkan isu semasa. Tapi masa depan orang melayu perlu perancangan yang teliti dan gerakanya perlu dimulakan sekarang.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM Malaysia

Untuk rujukan berita sila layari www.rujukan0619.blogspot.com