Friday, October 17, 2008

Examination Fever

Monday, October 13, 2008

Bila Gerakan Islam di Kampus Masuk Politik

Dalam tulisan ini, saya tidak menujukan kepada sesiapa secara langsung. Namun siapa makan cili dia terasa pedas. Hanya mereka yang mampu berfikir secara rasional boleh membaca. Kalau emosional baik tak payah baca. Ingat. kalau nak baca, baca sampai habis.

1. Segarnya gerakan islam di kampus - kampus merupakan satu perkara yang positif. Ianya diharap mampu untuk menerapkan nilai - nilai islam kepada warga kampus.
2. Gerakan Islam di kampus diharapkan dapat menyokong usaha mar maaruf nahi mungkar di kampus - kampus memandangkan warga kampus merupakan darah muda dan remaja yang sememangnya masih belum menemui hakikay sebenar kehidupan dan cenderung untuk melakukan sesuatu yang negatif walaupun tidak dinafikan mempunyai daya intelektual yang tinggi.
3.Walaupun gerakan islam di kampus ini wujud namun tiada kesan ketara yang ditunjukkan. Apabila berbicara mengenai pnerapan islam mereka lebih gemar menyalahkan pihak universiti kerana tidak menerapkan nilai islam di kampus berbanding mereka sendiri yang membuat usaha dakwah.
4. Gerakan islam di kampus masih seronok dengan kelompok sendiri.Ahli - ahli mereka terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama ataupun sekurang kurangnya ahli surau. Mereka lebih bertindak memanfaat dan mengorganisasi kekuatan (menerima tarbiah sebelum di kampus)berbanding membina kekuatan.
5. Tambah parah apabila gerakan islam di kampus dilabel sebagai entiti politik(Sebab itu banyak aktiviti mereka dihalang pentadbiran universiti).Keadaan ini menyebabkan mereka telah membina tembok pengasingan dengan golongan yang tidak sefahaman dengan mereka dan menyebabkan mereka semakin terasing di kalangan warga kampus.
6.Situasi ini membawa gambaran yang buruk kepada gerakan islam di kampus. Mereka dianggap pertubuhan politik semata berbanding dengan objektif sebenar mereka untuk menerapkan nilai islam di kampus.
7.Saya ingin mengingatkan kepada penggerak2islam di kampus, usahlah terlalu fanatik dengan politik jika mahu proses tarbiah anda diterima. Tumpukan usaha membuat amar maaruf nahi mungkar dan jangan cari pelbagai alasan untuk anda tidak bergerak di kampus.
8.Kami GPMS UiTM bukanlah bertindak sebagai entiti politik di UiTM. Sebab itu perjuangan kami mudah diterima oleh warga UiTM. Saya tidak menafikan adanya usaha menjadikan GPMS sebagai entiti politik di IPT lain(Saya cukup tidak bersetuju dengan usaha ini). Namun lihatlah apa kesanya. GPMS dibenci tanpa diketahui perjuangannya.
9.Walaupun kami GPMS UiTM tidak ada perkataan islam dalam nama pertubuhan kami manun setiap program yang kami jalankan tidak pernah mengabaikan kewajipan islam. Kami juga sering berpesan kepada ahli2 untuk mengamalkan akhlak islam. Memanglah terlalu kecil sumbangan kami tetapi mencukupi daripada tiada.

Thursday, October 9, 2008

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?

Seperti biasa saya memulakan hari dengan membaca akhbar secara online. Namun saya agak terkejut dengan sebuah laporan di dalam harakah..

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
(http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17274&Itemid=50)

Saya sebagai barisan kepimpinan GPMS UiTM sendiri pun tidak mengetahui cerita ini tapi orang lain pulak yang pandai - pandai buat cerita. Andai kata berita ini benar, maka kami GPMS UiTM lah yang akan membantah agenda tersebut..

Fungsi GPMS di kampus bukan sebagai parti politik tetapi lebih kepada menerapkan agenda perjuangan kepada warga kampus untuk meninggikan darjat bangsa melalui pendidikan. Politik partisan telah terbukti memecah belahkan kaum melayu. kami tidak mahu tragedi perpecahan melayu terjadi diluar kampus turut dibawa ke dalam kampus..

Benar GPMS terlibat dengan PRK namun demikian kami lebih berfungsi sebagai penyokong aspirasi kerana mendokong aspirasi universiti adalah tanggungjawab seluruh warga kampus. Biarlah GPMS hanya bertindak sebagai tangan2 yang berkerja yang tidak dilihat dalam PRK tanpa perlu menggunakan nama GPMS sebagai Parti yang bertanding.

Kepada mahasiswa yang terlibat dalam PRK nanti. Berpolitiklah dengan matang..

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS UiTM

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?
Intan Abdullah
Thu | Oct 09, 08 | 3:46:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.

Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.

Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.

Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.

Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.

Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti. - mks._

Kuasa kapitalis bergegar..

1.Dunia menyaksikan bagaimana kuasa - kuasa kapitalis mula merasai gegaran akibat ketidakstabilan ekonomi (sebelum ni mereka hanya menjadi penonton negara membangun mengalami krisis).
2. Situasi ini jika berterusan mungkin akan mengakibatkan blok2 ekon ekonomi barat runtuh.
3. Ekonomi barat sebenarnya banyak bergantung kepada kebolehan mereka untuk memanipulasi kekayaan sumber negara lain. Mereka tidak punya sumber kekayaan negara yang kukuh. Sebagai contoh Amerika yang mengharap pelaburan di negara lain termasuk minyak dari timur tengah..
4.Jika kita melihat bangunan yang megah di eropah sebenarnya ia merupakan hasil usaha mereka sebagai kuasa imperealis satu masa dahulu.
5.Tanah Melayu merupakan penyumbang utama pendapatan british semasa zaman imperealis. Maka tidaklah salah kiranya kita berkata pembangunan di britain yang kita lihat sekarang adalah hasil kekayaan tanah melayu satu masa dahulu.
6.Setelah zaman imperealis mereka tidak meninggalkan tanah jajahan mereka begitu sahaja. Negara jajahan hanya merdeka dalam aspek politik. Hakikatnya ekonomi masih dijajah kerana mereka telah menanam pelaburan yang besar di negara jajahan dan juga pelangan tetap kepada produk keluaran mereka..

(Nantikan sambunganya..)

Monday, October 6, 2008

Diari Hari Raya

Maaflah lame tak melayari blog & menulis. Maklumlah kat kampung belum ade strymyx (insyaallah akan datang ade la). Kat bawah ni saya kongsi sikit gambar time hari raya..



Bersama Abah & Mak




Gambar Keluarga Tercinta Setelah Bermaafan di Pagi Raya

Friday, September 26, 2008

Perutusan Hari Raya GPMS UiTM



1.Menjelang Syawal yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi, kami GPMS UiTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya kami ada melakukan kesalahan dan kesilapan dan kami juga sedia untuk memaafkan sekiranya sahabat2 yang mungkin melakukan kesalahan ataupun kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak.. Bersama kita menghayati kemuliaan syawal..

2. Selari dengan kemuliaan syawal yang bakal menjelang,kami menyeru seluruh umat melayu islam agar kembali bersatu selari dengan budaya menziarahi dan bermaafan di bulan syawal. Maaf yang dipohon dan diberi janganlah hanya dimulut dan mestilah datang dari hati yang ikhlas.

3. Hilangkan persengketaan kita akibat politik, hilangkan persengketaan kita akibat jawatan, hilangkan persengketaan kita kerana nama dan hilangkanlah semua persengketaan kita. Bersamalah kita membentuk kesatuan.

4. Asas kesatuan yang kukuh inilah yang dapat menjamin kekuatan umat melayu islam bukan hanya di Malaysia tetapi juga di persada dunia.Maka dengan kekuatan inilah umat melayu dan islam di Malaysia tidak lagi dipandang rendah dan dipermain - mainkan.

5. Kepada mahasiswa, lihat dan fikirlah apa yang terjadi kini. Hari ini kita disajikan dengan pertelingkahan pemimpin - pemimpin melayu (rakyat biasa hanya mengikut) sehingga membawa kepada kerendahan martabat umat melayu islam. Fikirlah dan hanya jangan sekadar melihat. Ambillah pengajaran. Kelak apabila tiba giliran kita janganlah dilakukan perkara yang sama. Sejarah adalah pengulangan yang sentiasa benar. Jika kita gagal belajar daripada sejarah, mungkin apabila kita bergerak ke hadapan tanpa kita sedari sebenarnya kita mengundur ke belakang dan mengulangi kesilapan yang sama ..

6. Aktivis mahasaiswa melayu islam usahlah kita pun turut dipecahkan dengan politik dan kuasa. Atas nama kemuliaan agama islam marilah kita bersatu. Di bulan syawal yang mulia ini bersedialah untuk kita meminta maaf (terlalu banyak kebohongan dan fitnah yang dilempar tanpa disedari) dan memberi maaf (mungkin kita tidak tahu terdapat sahabat kita yang mempunyai kesalahan pada kita). Lihatlah persamaan dan ketepikan perbezaan.

Kami mengharapkan agar syawal yang bakal dilalui dapat menjadi titik permulaan yang terbaik untuk disatukan seluruh umat melayu islam untuk memulakan satu gelombang baru kekuatan umat MELAYU ISLAM.. INSYAALLAH..

Mohd Abd Rauf B Tumiran
Yang Dipertua
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Cawangan Khas UiTM Malaysia..

Wednesday, September 24, 2008

MAHASISWA & POLITIK

Siaran Rakaman Bicara Siswa Sempena Minggu Penghayatan GPMS

Tarikh : 26 Sept 2008 (Jumaat)
Tajuk : Mahasiswa & Politik
Masa : 10 Malam
Media : RTM 1
Panel
1. Dato' Reezal Merican (Presiden GPMS)
2. Mohd Abd Rauf Tumiran (YDP GPMS UiTM)
3. Sdr Azreen (YDP MPP UNISEL)